Bab 13 (d) AYU RAUDHAH: TIADA LAGI KATA DUA BUAT PLAYBOY JACKNAIM


(MENJAWAB SURAT KE-13 BERSAMA MIMPI AUTISM)[1]

CRITICAL APPRAISAL

Jacknaim mengangkat bicara berkenaan Critical Appraisal, pengalaman beliau di bahagian kecemasan, contoh sepsis, dan vaksin adalah intervensi yang paling berkesan. Beliau menjelaskan makna Surat cinta, Ayu Raudhah Nabi palsu, dan cerita soal cerpen.

Apa yang dicelotehkan oleh Jacknaim pada mukaddimah surat berjelanya itu tidaklah menjawab apa-apa persoalan yang dilontarkan dalam siri surat balas saya sebelumnya[2]. Sebenarnya bacaan tersebut hanya layak buat dirinya sendiri. Atau pun mungkin beliau baru terbaca topik itu setelah masuk siri ke-13 suratnya. Mungkin sebelum ini Jacknaim sibuk dengan program diet mengempiskan perut (Lihat Rajah 1), jadi dia terlupa melakukan pembacaan mengenai Critical Appraisal yang diajarkan bukan sahaja kepada pelajar perubatan (seperti yang difahami oleh Jacknaim) tetapi seluruh ahli akademik/ahli falsafah yang melakukan kajian saintifik di segala disiplin ilmu pengetahuan, atau dalam bahasa melayu disebut juga, Penilaian Kritikal.

Padahal apa yang saya kritik kesemuanya berkaitan dengan penilaian kritikal tersebut serta menepati "Hierarchy of Research Design & Level of Scientific Evidence"[3,4] (Lihat Rajah 2) Saya tidak tahu apakah di USM sana beliau tidak diajarkan cara yang terbaik untuk mengkritik journal atau artikel adalah dengan mempelajari Evidence-based Medicine (EBM). Apakah hal ini yang mempengaruhi USM mencetak diploma sampah Jurubekam Klinikal[5] dan bekerjasama dalam penjualan air ajaib i-mizu mengubati 150 penyakit?[6]

Itu saya tak tahu.


Rajah 1: Jacknaim



Rajah 2: Hierarchy of Research Design & Level of Scientific Evidence

SMALLPOX BELUM HILANG DARI DUNIA

Jacknaim berusaha mempertahankan kejayaan vaksin menghapuskan smallpox.

Hujahnya sekadar mengutip definisi dari WHO Scientific Group on Smallpox Eradication (1968) iaitu badan entiti yang sama terlibat dalam monopoli penjualan vaksin smallpox pada tahun 2005[7]. Hujah Jacknaim ini tertolak kerana terdapatnya conflict of interest dalam Pertubuhan Kesihatan Dunia itu. Jacknaim bodoh-bodoh ditipu. Pada hakikatnya, mereka menjaja slogan/propaganda ilmiah seolah-olah smallpox hilang dari dunia. Kemudian memusnahkan baka virus “seed virus” smallpox di seluruh Negara anggota. Menetapkan virus hanya disimpan di makmal yang ditunjuk oleh mereka. Barulah dikemudian hari, mereka sendiri monopoli penjualan vaksin smallpox berpusat di Geneva. Kalau kita ceritakan hukum ekonomi licik para kapitalis ini kepada peruncit di kampung pun, mereka akan cepat faham. Tapi Jacknaim di Sabah, tak faham-faham.

Saya sebenarnya simpati dan memahami kesunyian Jacknaim yang sudah berumur 30-an tetapi belum mendirikan rumahtangga. Kemarahan beliau pada para wanita mendorong beliau mati-matian mengkritik icon wanita bernama Ayu Raudhah dalam blog sampah terbarunya[8]. Saya saja jijik membacanya. Perbuatannya bermuka-muka mencintai Ayu Raudhah sebenarnya bertujuan memperkosa karakternya (character assassination), tikam belakang (stab back), ragukan kapasiti intelektualnya sebagai seorang doktor, agar tiada lagi ahli perubatan yang bercakap mengenai kebejatan status quo sistem yang sedia ada. Inilah kepuasan 'masturbasi’ seorang playboy tak laku-laku bernama samaran Jacknaim. Kemarahan batin sudah menutupi nalar akal warasnya!

Dengar nama Islamnya sendiri dia berasa benci dan inferior, lalu diganti jadi Jacknaim


Rajah 3: Blog sampah yang melakukan pembunuhan karakter terhadap Ayu Raudhah



"Ustaz" Jacknaim yang membahas sunnah Nabi Saw tidak memberi madu pada bayi. Mcm tak layak
Saya ringkaskan kronologi isu smallpox berdasarkan tahun:

1978 – Malaysia dan seluruh Negara Asean dinyatakan bebas smallpox[9].

1979 - Data berkaitan pembasmian smallpox tahun 1979 ini saya ambil dari Global Commission for the Certification of the Eradication of Smallpox[10].

1980-an – Melalui resolusi WHA 33.4, WHO mula berkeliling di serata dunia berusaha memusnahkan baka virus (seed virus) smallpox di 76 makmal virologi (iaitu di 11 Negara produksi) serta memastikan virus hanya disimpan di dua makmal iaitu Amerika dan Rusia10,[11]. Tahun 1984, makmal virologi Biofarma di Indonesia yang sudah produksi vaksin smallpox sejak 1962 juga ditutup dan tidak memiliki baka virus smallpox lagi[12].

1999 - Jawatankuasa pemilihan telah memihak kepada memusnahkan semua stok virus smallpox tetapi selebihnya tetap disimpan di makmal WHO yang berpusat di Rusia dan Amerika Syarikat[13]

2003 - WHO mengumumkan adanya senjata biologi dari virus (Global Mercury)[14].

2005 - Negara anggota terpaksa membeli vaksin smallpox dari WHO[15]. Mereka tidak dapat produksi vaksin sendiri kerana baka virus (seed virus) untuk menghasilkan vaksin smallpox sudah dihapuskan bermula pada tahun 1980-an lagi. Yang buat senjata biologi siapa? Virus kan hanya tersimpan di makmal Amerika dan Rusia. Saya bukan penganut teori The Arrivals. Tetapi yang produksi dan jual vaksin secara besar-besaran adalah Syarikat milik Amerika! Seluruh dunia harus membeli vaksin buatan Amerika itu untuk persediaan menghadapi senjata biologi. Harganya pula mahal.

Hal ini lah yang menyebabkan saya menarik sebuah kesimpulan bahawa virus smallpox tidak hilang sepenuhnya dari dunia. Salahkah statement ini? Tidak salah! Buktinya kau kena beli persediaan vaksin smallpox pada tahun 2005 atas alasan apa pun. Jadi, mengapa kumpulan Vax Pusher menjaja laporan statistik mengatakan smallpox hilang dari dunia kerana vaksin? Dalam erti kata lain, ada penilaian kritikal yang meragukan pertimbangan statistik tersebut seperti berakhirnya perang dunia kedua sejak tahun 1945 lagi, meningkatnya taraf kebersihan dan sosioekonomi, tiada lagi ancaman senjata biologi (bioterrorism) di Negara dunia ketiga, dan pelbagai faktor lain lagi.

Selain itu juga, ada pendapat kontroversi yang mengatakan virus smallpox telah bermutasi menjadi lebih virulen dan diubah nama menjadi monkeypox. Hal ini kerana monkeypox menunjukkan beberapa persamaan: (1) Virus ‘orthopox’ (2) tersebar dari manusia ke manusia (3) menyebabkan kesakitan dan kematian (4) gejala klinik yang hampir sama[16],[17].





Gejala klinik Smallpox mirip monkeypox

Lebih mengarut dan dungu, Jacknaim berkata, dia tidak mahu bicara soal metodologi. Tapi beliau menongkat dagu pada definisi WHO. Cakap sahaja lah kajian atas vaksin itu lemah! Tak jumpa kajian RCT, placebo effect, dan double blind seperti yang dijalankan atas drugs pada lazimnya. Kan senang. Dasar gemuk, hitam dan suka memperalat wanita. Hanya bahasa kasar sesuai buat lelaki gasar dan miang seperti Jacknaim ini.

KESALAHAN METODOLOGI

Jacknaim bersikeras mengangkat kajian-kajian vaksin setinggi langit padahal jelas diketahui betapa rendahnya level penyelidikannya. Beliau ini hanya tahu sebut “critical appraisal” dalam artikelnya tapi pemahamannya hanya sebatas Clinical Guidelines dan Standard Operational Prosedures. Dia tak nampak hirarki penyelidikan, mungkin ditutupi lemak pada pelipis matanya. Bagaimana garis panduan boleh dibuat tanpa dilakukan kajian RCT, double blind, dan placebo effect atas vaksin? Hal ini lah yang gagal dicerna oleh beliau. Walau 1000 halaman surat yang dikarangnya sekalipun, hanya akan sia-sia kalau tidak memahami soal metodologi saintifik ini.
Demi menutupi kelemahan nyata vaksin, beliau mempertikaikan istilah ‘second rate research’ pula. Seolah-olah menafikan bahawa kajian RCT adalah ‘gold standard’ dalam evidence based medicine. Pelik sekali perangai buaya darat ini.

Selanjutnya, al-fahil ustaz Jacknaim menyentuh isu madu. Saya tidak akan melanjutkan perbahasan nya disini agar fokus pada isu vaksin sahaja. Sebahagian besar sudah dijawab dalam siri perdebatan antara anti-Pseudoscience Watch dengan Dr. John Peng[18],[19],[20],[21]. Empat siri tulisan ini belum terbantahkan oleh kumpulan anti-Madu Berkaitan isu penarikan semula vaksin tripedia pada tahun 1998 itu saya perolehi data dari United Press International (UPI)[22]. Jadi, kalau Anda hendak salahkan saya, salahkanlah laporan UPI itu dulu.

Akal yang sihat akan bertanya. Sekiranya vaksin benar-benar berjaya membasmi penyakit, mengapa vaksin masih ada hari ini? Masalah definisi atau masalah metodologi?

Wallahua’lam bisshowab


Rujukan: