8. BILA AYU RAUDHAH KEMBALI MERINDU



BALASAN SURAT-SURAT CINTA DR JACKNAIM KEPADA KU [Siri 2]
Penurunan Kes Difteria - Salahfaham teori ‘Herd Imunity’ - Tiada Kajian RCT - Kebersihan Menjadi Punca
Diterima Surat 2: Difteria Paling Seksi dari Dr. Muhammad Na'im (Dr.Jacknaim)-[link]

Oleh: Ayu Raudhah, menulis di 10 malam terakhir Ramadhan

Sambungan dari [Siri 1] Pertama, Jacknaim. Kau cuba jadikan graf penurunan kes difteria di Malaysia bermula tahun 1960 – 2016 sebagai dalil mengangkat kepentingan vaksin. Hal ini menarik untuk kita semak kerana hujah ini dianuti hampir semua ahli Pro Vaksinasi, bahawa tidak ada satu pun penyelidikan eksperimen double blind, placebo controlled atau randomized control trial dilakukan di Malaysia sepanjang tempoh 56 tahun program vaksinasi dijalankan. Data-data yang kau bentangkan hanya laporan statistik dari kajian tinjauan (observational study) yang terdedah kepada pelbagai kelemahan dan limitasi. Terdapat banyak variabel yang boleh meragukan kesimpulan penyelidikan seperi tingkat pendidikan yang baik, mutu perkhidmatan kesihatan, sanitasi, pembangunan, dan persekitaran yang bersih. Observational studies are second-rate. Kita bukan bercerita bahaya asap rokok, kita sedang bahas bahan aktif yang disuntik ke tubuh bayi seawal umur 0 bulan!

Kau juga kelihatan gegabah seperti lipas kudung apabila terpaksa memuat naik penyelidikan yang tidak ada kaitan sama sekali dalam membuktikan keberkesanan vaksin dapat melindungi bayi dari dijangkiti penyakit campak, batuk kokol, Hepatitis B dan lain-lain.

“Di negara kita, terdapat satu kajian yang cuba untuk mengenalpasti punca kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat suntikan vaksinasi. Kajian yang dilaksanakan oleh W.Y Lim dan rakan rakan di daerah Kinta mendapati bahawa terdapat 95 kanak-kanak terlepas imunisasi primer atau tidak melengkapkan jumlah suntikan vaksin. Data ini adalah berdasarkan senarai 10,189 kanak-kanak berumur antara 15-24 bulan yang diberi suntikan imunisasi di 10 klinik di daerah Kinta. Kajian mendapati bahawa 8 ibu bapa memilih untuk menolak vaksinasi. Faktor penolakan termasuklah memilih rawatan alternatif dan homeopathy, beranggapan bahawa vaksin tidak berkesan dan atas faktor agama” [1]   
Apa yang kau cuba sampaikan sebenarnya? Tiada ada pembuktian ‘vaksin itu bagus’ di sini. Pada perenggan selanjutnya, kau menarik satu lagi kesimpulan dari Chen ST, berjudul Some Epidemiological Aspects of Diphtheria in Malaysia yang menganjurkan cara terbaik untuk mengatasi masalah difteria dengan mencapai 100% nilai populasi yang mendapat imunisasi melawan Difteria. Ini tidak masuk di akal fikiran. Kajian ini dilihat terlalu gopoh dan seolah-olah menafikan wujud kelompok bayi yang kontraindikasi vaksin sebagaimana yang dinyatakan oleh Centre for Disease Control and Prevention. [2]

Kedua, salah faham dengan konsep imuniti kelompok (herd immunity). Kau berleter panjang seolah-olah aku adalah pelajar tingkatan 6 yang baru mengenal vaksin dan imunisasi. Aku sedia membacanya. Kau sebenarnya cuba paksakan poin dari blog rakan pro vaksinasi anda. Pada hakikatnya, kau tidak menjawab pun kritikan ku terhadap tuduhan admin Pseudoscience Watch. Hujah Ayu adalah sebagaimana berikut:

“Menurut teori Ambang Imuniti Kelompok (Herd Imunity Threshold) yang mereka anuti, diperlukan anggaran 70% hingga 95% dari komuniti mendapatkan imunisasi untuk membasmi penyakit seperti campak. Di Malaysia, liputan imunisasi Difteria melebihi ambang maksimum yg dianggarkan iaitu 96.92%. Sekiranya kita uji teori ini, bila terjadi kes kematian akibat kuman difteria di suatu komuniti, vaksinasi itu lah sebenarnya yg gagal! Bagi kanak-kanak yang menerima imunisasi lengkap akan mengalami gejala ringan sahaja.” [3]  
Kau gagal buktikan kesalahan dari pernyataan ini kerana sumber rujukan yang autentik. Kegagalan menjawab posting inilah yang membuatkan rakan ‘sufasthaiyyun’ mu di laman Pseudoscience Watch menutup komen Ayu dari tontonan umum (Lihat Rajah 1). Lebih lucu, kerana kekeringan modal, kau bawakan sebuah kajian tinjauan atas penganut agama Kristian Ortodok-Protestan di Belanda untuk disamakan dengan keadaan sampel populasi di Malaysia. Kau memang pelawak yang handal Jacknaim. Aku tak nafikan. Seharusnya nama mu di tambah Jacknaim Sparrow. Aku sarankan kau turut serta dalam Rancangan Maharajalawak Mega 2017. Berpijaklah di bumi yang nyata. Masih perlu penyelidikan setempat untuk membuktikan pernyataan kau itu.
[Rajah 1: Komen di hidden dari tontonan pembaca]
Ketiga, berkaitan kajian RCT, double blind atau placebo controlled. Ini adalah poin penutup surat kedua mu. Sebenarnya, kau tak harus meragukan siapa diri ku tapi ragukanlah siapa dirimu sebagaimana yang kau tulis dalam surat balas terbaru. Aku tak sanggup balas setiap jilid surat mu serentak. Bagaimana seorang doktor merangkap freelance writer boleh tak tahu bahawa kajian eksperimen RCT dijuluki sebagai gold standard research design. Manakala kajian tinjauan (observational study) hanya bersifat komplimentari sahaja. Silakan diingat kembali pelajaran Public Health. Selama 56 tahun program vaksinasi, takkan hanya data pemerhatian saja yang keluar? Berapa lama rakyat Negara ini harus bersikap konsumtif?
Menelan apa sahaja yang datang dari Barat. Prof Al-Attas mengistilahkan sebagai Westernization of knowledge.
Alhamdulilllah nya, di bahagian akhir warkah mu, kau sudah menjawab isi keseluruhan permasalahan yang kau timbulkan sendiri. Kau akur bahawa tingkat kemiskinan dan jauhnya masyarakat dari akses kesihatan yang baik menimbulkan kembali pelbagai jangkitan kuman ini. Inilah kesimpulan yang mendamaikan seluruh jiwa manusia. Aku jadi kagum pada mu, Jack. Semoga isteri mu tidak cemburu pada ku.
“Pengalaman saya selama lima tahun bekerja di Sabah hampir 100 peratus menyaksikan kes jangkitan kuman teruk dalam kalangan warganegara asing yang tidak diberi suntikan vaksinasi adalah disebabkan faktor kemiskinan dan akses kepada fasiliti kesihatan.”[4]
Case report mu ini, sejalan dengan fakta kes yang dilaporkan di media arus perdana. Antara faktor besar yang cuba ditutup-tutupi oleh gerakan fanatis Pro Vaksinasi adalah faktor kebersihan yang amat parah dan keadaan sosio ekonomi.
“Difteria adalah sejenis penyakit yang mudah berjangkit, terutama dari individu ke individu lain dan bakteria penyebab penyakit itu mudah membiak di kawasan persekitaran yang kotor, Lapor akhbar Berita Harian Online [5] Situasi persekitaran kes di Kedah:
Supaya sahabat (baca: bukan kekasih) lebih jelas berkaitan keadaan sanitasi, kebersihan dan persekitaran mangsa di Kedah, sila tonton video ini  https://www.youtube.com/watch?v=WBWnmOy2vnY[6]
Situasi persekitaran kes di Melaka:
Sebelumnya, akhbar The Star sendiri telah melaporkan bagaimana rendahnya tahap sosio ekonomi keluarga mangsa, dengan hidup dalam satu ruang bilik berhimpit 7 beranak, ayahnya pula menganggur sakit, pendapatan hanya RM300 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, mandi diluar rumah, tidak ada dapur khusus, menumpang pula tandas di stesen minyak berhampiran. [7] Baru kemudian muncul kes jangkitan kuman difteria ini. [8]
Antara vaksin, kebersihan dan ekonomi Negara, mana lebih ‘wajib’ bagi diri mu, Dr. Jacknaim Sparrow?
_____________
Nota Kaki:
[2] Vaccine Contraindications and Precautions. October 19, 2013. Dikutip dari laman, http://www.cdc.gov/vaccines/hcp/admin/contraindications.html
[3] Raudhah A. DIFTERIA: MENJAWAB TUDUHAN ADMIN PSEUDOSCIENCE WATCH (PW) DAN GOLONGAN PRO VAKSIN. 22 Jun 2016. 
[4] Op cit.
[5] Berita Harian. Lebih 40 individu diperiksa kesan penyakit Difteria. 22 Jun 2016. http://www.bharian.com.my/node/167158
[6] Youtube. Lapan Pesakit Di Kedah Sah Dijangkiti Difteria. Dikutip dari laman Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=WBWnmOy2vnY
[7] The Star. Family of seven in dire need of proper home. 10 May 2016. http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/05/10/family-of-seven-in-dire-need-of-proper-home/
[8] The Star. Malacca Health Dept works to contain diptheria after seven-year-old dies. 21 Jun 2016. http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/06/21/story/






Kehadapan Kekasihku Ayu Raudhah,

Semoga hari hari yang berlalu akan meneguhkan ikatan antara kita lantas mengikat hati kita pada satu ketetapan yang nyata; Perjalanan mencari kebenaran. Izinkan aku bercerita.

Gambar dari laman web Tales of Madcap Heiress[i]


Nome calling...Nome calling...
We have an outbreak of diphtheria...
No Serum...Urgently need help...
Nome calling... Nome calling... - 20 Januari 1925[2][ii]


Aku memandang gambar patung Balto dengan harapan mendapat inspirasi untuk memuaskan hati dan akalmu bagi memahami isu yang diperbincangkan ini. Aku sedang membayangkan pengorbanan Balto mengetuai 150 ekor anjing yang menarik 20 biji pedati dalam satu perlumbaan untuk menyelamatkan ketamadunan dunia. The Great Race of Mercy mungkin sudah hilang dari memori seluruh dunia. Bahkan mungkin dirimu sendiri belum pernah mendengar akannya. 

Aku harap aku dapat membawa kembali kenangan itu untuk dimainkan dalam layar akalmu dan kita sama sama dapat menyaksikan mereka berlari sejauh 674 batu yang mengambil masa selama lima dan setengah hari bermula dari Stesyen keretapi Nenana, Alaska hinggalah ke Nome. Merentasi pergunungan dan kesepian musim salji yang dipenuhi jalan jalan licin bersalut ais yang membeku, membawa puluhan kotak berisi 330 000 unit Anti Toxin Diphteria,  yang terlebih dahulu dihantar menggunakan kereta api dari Anchorage ke stesyen keretapi Nenana, Alaska..

Aku cuba untuk membayangkan keteguhan hati Doktor Curtis Welch bersama empat jururawatnya menyaksikan permulaan wabak diphteria pada penghujung Disember 1924 di Nome, daerah terpencil di Alaska. Jauh dari segalanya; ketamadunan dan kemewahan dunia. Tapi yang pasti ia sebuah bandar indah yang jauh dari pencemaran.

Tiada siapa menyangka bahawa tonsilitis itu boleh menjadi sebegitu teruk. Satu demi satu mula dijangkiti selesema dan sakit tekak. Tiada yang dapat menduga bahawa kesakitan biasa itu begitu cepat merebak dari seorang ke seorang. Lantas, seluruh pekan dijangkiti dan membawa kepada satu kematian. Dan akhirnya satu lagi kematian yang menyedarkan Doktor Curtis Welch akan bahaya di hadapannya akan menghasilkan masa depan yang kelam. 

Di saat itu sudah terdapat 20 pesakit yang sedang tenat bersama catatan diagnosis diphteria, dan kemungkinan diagnosis diphteria dalam 50 pesakit yang lain pada pertengahan Januari 1925.  10 000 nyawa berhadapan dengan kematian dan bakal menjadi kota sepi yang tiggal dalam lipatan sejarah peradaban dunia.

Tapi tiada siapa yang menyangka bahawa idea yang membawa kepada The Serum Run of 1925 dengan 330 000 anti toxin diphteria  mampu menenangkan ribut yang bersedia membawa kiamat, sementara menanti kedatangan lebih 1000 000 anti toxin diphteria lagi. Mereka belajar dari jalan yang sangat memeritkan dan meruntun jiwa. Penuh cemas menanti apokalips yang akhirnya mencetus getaran hati dan perasaan.

Kita harus melipat gandakan usaha kita untuk memberi vaksin kepada seluruh penduduk kita, dan dunia.


Kekasihku Ayu,


Aku bersyukur kerana tidak putus putus menerima perkhabaran darimu. Jujur aku katakan bahawa aku merindui setiap kenangan kita bersama. Malah aku begitu takut sekali untuk kehilanganmu setelah hubungan kita diberi sedikit ujian yang membawa retak dan hampir pecah. Aku bersyukur kerana ia tidak menjadi debu debu yang menghilang di udara. Syukurlah, rajuk perempuan jarang kekal lama. Cuma menanti pujukan dari Sang Kekasih. Maaf andai aku melukai hatimu dan sedikit bertegas dalam beberapa isu yang dibincangkan ini. Tapi aku yakin bahawa cinta yang bersemi ini akan tetap utuh dan kau akan kembali merinduiku setelah hilang rajukmu.

Duhai kekasih, izinkan aku menadah tangan untuk berdoa kepada Rabb ku. Hanya padaNYA aku meminta dan kumulakan doa tulus ku dengan mengagungkan DIA. Aku berdoa dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim,

Dengan nama Allah, aku memohon kemaafan dariMU kerana aku  gagal menghasilkan satu gaya penulisan yang gagal difahami oleh kekasih hati imaginasiku Ayu Raudhah. Sekiranya ia disebabkan oleh kelemahanku dalam bidang penulisan, maka engkau bantulah aku untuk menambah kemahiran menulis agar apa yang ingin aku sampaikan kepada pembacaku sampai tanpa ada salah faham. Tapi, andai ia bukan berpunca dari kelemahanku maka engkau buka lah pintu hidayah untuk Ayu Raudhah kembali masuk ke sekolah untuk belajar menjadi orang yang bijaksana dan berhikmah. Bukan pula seorang badut yang langsung tidak faham akan disiplin ilmu bidang perubatan hingga menutup pandangan mata dan hatinya dalam memahami istilah istilah perubatan. Ya Allah, engkau permudahkanlah jalan Ayu Raudhah supaya di tahu bagaimana cara untuk berbahas menggunakan gaya dan bahasa mengikut disiplin ilmu perubatan.

Kekasihku Ayu, nyata aku kecewa kerana kita seakan berbahas dalam bahasa Ayam dan Itik sedangkan kita berdua sama-sama belajar selama lima tahun di Sekolah Perubatan. Kita menjalani latihan housemanship selama dua tahun sebelum akhirnya kita berdiri di atas kaki sendiri untuk merawat pesakit atas kapasiti sebagai seorang Pegawai Perubatan. Ya, kita sudah lama meninggalkan Sekolah Perubatan. Tapi aku sedih kerana kau sudah lupa bagaimana cara untuk mengadakan perbahasan saintifik dan ilmiah. 

Ternyata kau sudah lupa untuk mengeluarkan konklusi berdasarkan ilmu perubatan. Dan aku kecewa kerana kau gagal memahami teks dan gaya ilmu perubatan. Aku berharap kau dalam keadaan sihat sejahtera kerana aku sedikit bimbang akan keadaanmu yang didekati oleh Corynebacterium diphtheriae sejak kali pertama kita mula saling menjeling mata di Facebook dan akhirnya mula berbalas mesej dan surat. Aku bimbang pada saat surat mu ini ditulis, Corynebacterium diphteria  sudah menyebabkan kau gagal untuk ‘menelan’ hujah dan cabaranku hingga membawa kepada Diphtheritic paralysis yang menyebabkan seluruh anggota tubuhmu menjadi kaku hingga memaksa kau meminta pertolongan dari sesiapa untuk menjawab suratku. 

Ia adalah hipotesis yang dapat menjelaskan betapa berbezanya gaya penulisan surat pada kali ini berbanding yang sebelumnya. Mungkin keadaanmu yang tidak diberi suntikan imunisasi menyebabkan Diphtheritic paralysis berlaku dengan pantas nya, tidak mengikut kebiasaan iaitu tiga ke empat minggu selepas jangkitan diphteria. Dan aku berdoa agar sebaik sahaja surat balasanku ini di terimamu, keadaanmu tidak menjadi sebegitu teruk hingga perlu diberi bantuan pernafasan menggunakan mesin ventilator menandakan begitu teruknya prognosismu yang boleh membawa kepada kematian. Aku berharapa aku silap kerana  Diphtheritic paralysis adalah komplikasi yang sudah terlampau jarang berlaku disebabkan kejayaan program vaksinasi melawan diphteria.

Aku harus membuktikan hipotesisku ini salah kerana cintamu padaku pasti memustahilkan dirimu untuk berbuat demikian. Aku rasa, itu adalah tunjang perbahasan kita ini. Membuktikan kebenaran hipotesis terhadap isu vaksinasi yang sebenarnya sudah sekian lama terbukti menjadi keajaiban yang menyelamatkan peradaban manusia.



AYU RAUDHAH·SUNDAY, JUNE 26, 2016
Penurunan Kes Difteria - Salahfaham teori ‘Herd Imunity’ - Tiada Kajian RCT - Kebersihan Menjadi Punca
Diterima Surat 2: Difteria Paling Seksi dari Dr. Muhammad Na'im (Dr.Jacknaim)-[link]
Oleh: Ayu Raudhah, menulis di 10 malam terakhir Ramadhan
Pertama, Jacknaim. Kau cuba jadikan graf penurunan kes difteria di Malaysia bermula tahun 1960 – 2016 sebagai dalil mengangkat kepentingan vaksin. Hal ini menarik untuk kita semak kerana hujah ini dianuti hampir semua ahli Pro Vaksinasi, bahawa tidak ada satu pun penyelidikan eksperimen double blind, placebo controlled atau randomized control trial dilakukan di Malaysia sepanjang tempoh 56 tahun program vaksinasi dijalankan. Data-data yang kau bentangkan hanya laporan statistik dari kajian tinjauan (observational study) yang terdedah kepada pelbagai kelemahan dan limitasi. Terdapat banyak variabel yang boleh meragukan kesimpulan penyelidikan seperi tingkat pendidikan yang baik, mutu perkhidmatan kesihatan, sanitasi, pembangunan, dan persekitaran yang bersih. Observational studies are second-rate. Kita bukan bercerita bahaya asap rokok, kita sedang bahas bahan aktif yang disuntik ke tubuh bayi seawal umur 0 bulan!

1.    
  “Kita bukan bercerita bahaya asap rokok, kita sedang bahas bahan aktif yang disuntik ke tubuh bayi seawal umur 0 bulan!” Fuh, aku sedang menarik nafas sedalam-dalamnya apabila kau meletakkan timbang tara membandingkan asap rokok dan bahan aktif yang disuntik ke tubuh bayi? Asap rokok itu sendiri sebelum disuntik ke dalam tubuh bayi sudah menyebabkan kerosakan. Kata-katamu ini seakan-akan cuba mengatakan bahawa asap rokok itu tidak berbahaya. Aku tidak tahu bagaimana aku dapat mengawal diriku untuk tidak ketawa. Entah methodologi kajian saintifik apa yang kau gunakan di sini.

2.      Manusia memerlukan makanan, minuman, oksigen untuk hidup. Manusia juga memerlukan pakaian, tempat tinggal, pasangan untuk menjadikan hidup lebih bermakna. Jika kita tanggalkan pakaian, adakah kita akan mati? Tapi jika kita tidak ada oksigen, adakah kita akan hidup? -  Kalaulah Ayu faham apa yang saya cuba sampaikan ini. Adakah Ayu memerlukan Randomized Double Blind Control study untuk membuktikan bahawa kita memerlukan makanan, minuman dan oksigen untuk hidup? – Sesetengah benda tidak memerlukan penggunaan kajian untuk membuktikan kebenaran.

3.      Tinggal di kawasan yang berkepadatan tinggi, Status kesihatan yang lemah, Gaya hidup di bawah standard (Saya masukkan kedalam kriteria ini termasuk kemiskinan dan kebersihan yang lemah), Status imunisasi yang tidak lengkap dan Masalah Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit adalah antara faktor yang mempercepatkan kecenderungan untuk dijangkiti Diphteria[3][iii]


4.      Pernyataan itu sudah jelas bahawa diphteria boleh berlaku kepada siapa-siapa. Ia bukan premis kepada masalah kanser paru paru adalah disebabkan oleh asap rokok. Tidak sama sekali. Punca diphteria hanya satu iaitu kekasih lamamu, Corynebacterium diphtheriae  dan ada kalanya disebabkan oleh adiknya Corynebacterium ulcerans. Yang membuatkan kita senang dijangkiti adalah disebabkan perkara yang disebut tadi. Andai kau faham apa itu jenis kajian dalam bidang perubatan, maka kau tidak akan dengan penuh rambang meminta bukti kajian double blind, placebo controlled atau randomized control trial. Bahkan aku sendiri tertanya tanya apakah kau mengerti makna disebalik perkataan yang kau sebutkan itu?

5.       Observational study dan kajian tinjauan adalah gaya bahasamu untuk menunjukkan kepandaianmu sebagai seorang doktor yang mampu menunjukkan kepada mereka yang tidak berilmu akan kaedah ini cukup lemah untuk dijadikan hujah.  Ya, kita tidak menafikan jika ia adalah sebuah pemerhatian dalam menggambarkan sesuatu yang tidak pasti atau untuk merangsang penghasilan hipotesis. Atau dengan contoh yang jelasnya sudah saya tunjukkan melalui kes Wakefield. Tetapi pemerhatian kepada data-data seluruh dunia yang direkodkan melalui perincian tetap dan lantas membawa kepada disiplin ilmu yang dinamakan sebagai kajian endemik dan juga surveillance (pengawasan). Juga membawa kepada beberapa jenis kaedah kajian seperti Prospective Case-Control Study, cross-sectional seroprevalence study dan beberapa kaedah kajian lagi yang aku harap tidak akan membuatkan kau mendapat encephalitis kerana terkejut bahawa banyak yang kau tidak ketahui lagi.

6.      Tahu  menyebut perkataan double blind, placebo controlled atau randomized control trial serta observational study semata-mata orang lain menyebutnya tentu sahaja membuatkan kau kelihatan genius di mata masyarakat awam tetapi menjadi bahan jenaka penghilang stress buat ahli ahli perubatan yang sedang bertungkus lumus menyelamatkan nyawa kecuali aku yang ketika ini sedang bercuti. Kesimpulannya, banyak lagi kaedah lain dalam ilmu sains untuk membuktikan sesuatu kebenaran yang mana hanya ahli di dalam bidang ini sahaja yang akan mengetahuinya. Lupakah engkau akan kata-kata orang tua dahulu. Hanya Jauhari yang mengenal manikam. Dan ku berharap agar kau tidak selamanya tahu memilih kaca di dalam setiap perdebatanmu.

7.      Apakah kau ingat kejadian di Republic of Georgia pada tahun 1996-1996. Ya, ada kajian tentangnya dan ia bukanlah sekadar observational study yang kau canangkan. Prospective Case Control Study ini dijalankan di Georgia pada pasca perang dunia kedua. Perang yang menyebabkan bekalan vaksin terhenti di beberapa negara yang dilanda konflik. Kau tahu apa keputusan kajian ini? Vaksinasi sebagai pencegah berlakunya wabak. Juga kepentingan menjaga kebersihan dan memantapkan langkah-langkah untuk mencegah komplikasi andai dijangkiti diphteria.[4][iv]

8.      Aku harap kau sudah puas membaca buku Art of Deception. Yang berbicara tentang teori new world order. Yang berbicara tentang konspirasi di sebalik Vaksin. Atau apa apa sahaja konspirasi yang mungkin timbul. Aku mengajak kau mengkaji tentang negara Israel, sebuah negara Yahudi yang memberi vaksinasi pada anak-anak mereka. Kajian seroepidemiology study yang dijalankan pada tahun 2006  yang menunjukkan bahawa kadar immuniti dalam kalangan kanak kanak dan dewasa mencukupi untuk mencegah wabak diphteria. Akan tetapi, risiko mendapat diphteria tetap ada tetapi tersangat rendah iaitu dalam kalangan individu yang mempunyai masalah imuniti rendah. Kau tahu kenapa kajian ini dijalankan? Kerana mereka telah menjalani 13 tahun tahun terkebelakang tanpa ada satu pun kes diphteria di sana.[5][v]

9.      Untuk membuktikan keberkesanan vaksin juga mudah. Tetapi bukan berdasarkan meminta bukti di Malaysia sahaja. Alangkah lemah apabila kau mendifinisikan keberkesanan vaksin ini berdasarkan sejarah di malaysia. Jika aku memintamu menunjukkan kajian tentang ketidakberkesanan vaksin dalam mencegah diphteria, maka bolehkah kau berbuat demikian? Tentu kau pernah ingat tentang Soviet Union di era zaman kempen vaksinasi yang merangkumi empayarnya yang terlampau luas itu. Kau tahu jumlah kes diphteria pada era sebelum vaksinasi? lebih dari 750 000 kes diphteria dilaporkan di Rusia sahaja pada tahun 1950. Jumlah ini jauh berkurangan berbanding era dimana vaksin mula diberi secara perlahan-lahan pada pertengahan tahun 1920 an. Kes ini semakin lama semakin menurun apabila lebih banyak masyarakat diberi suntikan vaksin. Tapi apabila perang melanda, ia meningkat berkali kali ganda dan kembali menjdi mimpi ngeri sehinggalah vaksin kembali diberi. Dengan mengambil kira tahun 1995 sebagai satu titik pemerhatian baru, kes diphteria menurun sebanyak 60% pada tahun berikutnya iaitu daripada 50 425 kes kepada 20 125 kes.  Dan kempen ini telah menurunkan kes diphteria kepada 6,932 kes pada tahun 1998[6][vi]

10.  Adakah kau pernah mendengar tentang negara Afrika Selatan. Durban adalah Sebuah negara yang menyaksikan penghapusan kes diphteria selama lebih 20 tahun. Hingga masyarakatnya mula lupa akan diphteria dan semakin meninggalkan jadual wajib imunisasi. Pada 15 Mac 2015, seorang kanak-kanak lelaki didiagnosis sebagai diphteria. Seperti yang sudah dinyatakan. Keberkesanan vaksin berkurang setelah beberapa tahun (10 tahun) dan pesakit itu tidak mengambil suntikan booster. Beliau meninggal dunia selepas tujuh hari dimasukkan ke dalam wad ICU.[7][vii]


Kau juga kelihatan gegabah seperti lipas kudung apabila terpaksa memuat naik penyelidikan yang tidak ada kaitan sama sekali dalam membuktikan keberkesanan vaksin dapat melindungi bayi dari dijangkiti penyakit campak, batuk kokol, Hepatitis B dan lain-lain.
“Di negara kita, terdapat satu kajian yang cuba untuk mengenalpasti punca kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat suntikan vaksinasi. Kajian yang dilaksanakan oleh W.Y Lim dan rakan rakan di daerah Kinta mendapati bahawa terdapat 95 kanak-kanak terlepas imunisasi primer atau tidak melengkapkan jumlah suntikan vaksin. Data ini adalah berdasarkan senarai 10,189 kanak-kanak berumur antara 15-24 bulan yang diberi suntikan imunisasi di 10 klinik di daerah Kinta. Kajian mendapati bahawa 8 ibu bapa memilih untuk menolak vaksinasi. Faktor penolakan termasuklah memilih rawatan alternatif dan homeopathy, beranggapan bahawa vaksin tidak berkesan dan atas faktor agama” [1]   


Aku tertanya-tanya kenapa kau cuba membahaskan point ini sedangkan aku sedang bercerita tentang sejarah vaksinasi di Malaysia termasuklah sejarah bagaimana pemberian vaksin untuk Diphteria, Tetanus dan Pertussis dimulakan. Semestinya aku cuba merangkumi tentang sejarah vaksinasi terhadap penyakit lain juga. 


Fakta sejarah bukan untuk diperdebatkan tetapi untuk diambil iktibar dan mengingatkan kita tentang apa yang berlaku di sekeliling kita. Ah, kau hanya cuba menjadikan surat ini kelihatan panjang padahal ia hanya copy-paste pernyataan dari suratku dan tidak ada langsung input berguna dari pihakmu.

Begitu juga apabila aku nyatakan kepadamu tentang punca-punca ibu bapa pada masa kini menolak vaksinasi. Bukan aku minta kau perdebatkan tetapi aku menyatakan punca-punca yang membwa kepada pilihan untuk tidak memberi vaksin kepada anak-anak.


Apa yang kau cuba sampaikan sebenarnya? Tiada ada pembuktian ‘vaksin itu bagus’ di sini. Pada perenggan selanjutnya, kau menarik satu lagi kesimpulan dari Chen ST, berjudul Some Epidemiological Aspects of Diphtheria in Malaysia yang menganjurkan cara terbaik untuk mengatasi masalah difteria dengan mencapai 100% nilai populasi yang mendapat imunisasi melawan Difteria. Ini tidak masuk di akal fikiran. Kajian ini dilihat terlalu gopoh dan seolah-olah menafikan wujud kelompok bayi yang kontraindikasi vaksin sebagaimana yang dinyatakan oleh Centre for Disease Control and Prevention. [2]

Ayu, sekali lagi kau tidak faham kerangka tulisanku. Persoalan kau itu sendiri sudah menjawab pertanyaanmu sendiri. Tanpa kau sedar, akal separa sedarmu sudah menjawab pertanyaan jari jemarimu yang menekan papan kekunci. Ternyata cara kita berdua berfikir sangat jauh berbeza mestipun kita sama sama bertugas sebagai doktor. 

Ini cukup menghairankan sekali mengapa corak pemikiran kita berbeza padahal cara berfikir sepertiku inilah yang diajar sejak hari pertama memulakan pengajian di Sekolah Perubatan. Dalam bahasa mudah, kita sudah didoktrinkan dengan cara berfikir sebagai seorang doktor mengikut acuan sejak dari zaman sebelum merdeka lagi. Malah, semua doktor di seluruh dunia diajar berfikir sebegini. Aku cukup lucu sekali apabila kau gagal untuk memahami apa yang aku cuba sampaikan

Aku sedang berbicara tentang 250 kes diphteria yang berlaku di Malaysia pada tahun 1976. Dan kebetulan pada ketika itu ada dua orang ahli perubatan yang mengkaji tentang diphteria. Di sana, mereka meletakkan satu hipotesis bagaimana untuk mencegah penyakit ini adalah dengan mencapai 100% nilai populasi yang diberi suntikan vaksin. Ia adalah kaedah untuk cuba membuat kayu ukur keberkesanan vaksin berdasarkan keadaan pada ketika itu yang sedang berlaku wabak diphteria.

Dan melalui baris-baris dalam perengganku inilah maka aku tunjukkan siri penurunan kes diphteria sehinggalah apabila peratusan lebih 90 peratus komuniti mencapainya maka ia menyebabkan tiada kes diphteria berlaku pada lewat tahun 90 an dan sekitar tahun 2006-2012. Lantas di ambang Malaysia mencapai peratusan 96.92% komuniti mendapat vaksin maka ia berjaya mengekalkan momentum kawalan penyakit diphteria di Malaysia. Dalam erti kata lain, aku ingin tunjukkan kepadamu bahawa aku aku sedang berkata kepada mereka bahawa pemahaman mereka tentang vaksinasi adalah tepat. Bayangkan pada tahun 1976 mereka sudah dapat berfikir tentang keberkesanan vaksin dan membuat ramalann bahawa pada masa akan datang, dimana jumlah populasi diberi suntikan vaksin maka wabak  yang sedang mereka hadapi itu akan dapat diselesaikan.

Dalam erti kata mudah, atau bahasa yang senang untuk kau fahami. Beliau cuba membuat hipotesis bahawa Kadar Jangkitan Kes Diphteria adalah Berkadar Sogsang dengan Jumlah Populasi yang di beri suntikan vaksinasi. Dalam erti kata bahasa kanak kanak tadika pula, ia bermaksud bahawa semakin RAMAI populasi yang diberi vaksin maka SEMAKIN sedikit jumlah mereka yang menghidap penyakit diphteria. Dan berdarkan ciri graf ini yang dipelajari dalam subjek sains di Tingkatan empat ini, maka disitulah konklusi yang dibuat oleh ahli sains ini terjadi. Iaitu apabila 100 peratus populasi diberi suntikan vaksin maka nilai populasi yang akan mendapat kes diphteria adalah tiada.Ini hanya sekadar istilah sains yang cukup senang untuk difahami.


Kedua, salah faham dengan konsep imuniti kelompok (herd immunity). Kau berleter panjang seolah-olah aku adalah pelajar tingkatan 6 yang baru mengenal vaksin dan imunisasi. Aku sedia membacanya. Kau sebenarnya cuba paksakan poin dari blog rakan pro vaksinasi anda. Pada hakikatnya, kau tidak menjawab pun kritikan ku terhadap tuduhan admin Pseudoscience Watch. Hujah Ayu adalah sebagaimana berikut:
“Menurut teori Ambang Imuniti Kelompok (Herd Imunity Threshold) yang mereka anuti, diperlukan anggaran 70% hingga 95% dari komuniti mendapatkan imunisasi untuk membasmi penyakit seperti campak. Di Malaysia, liputan imunisasi Difteria melebihi ambang maksimum yg dianggarkan iaitu 96.92%. Sekiranya kita uji teori ini, bila terjadi kes kematian akibat kuman difteria di suatu komuniti, vaksinasi itu lah sebenarnya yg gagal! Bagi kanak-kanak yang menerima imunisasi lengkap akan mengalami gejala ringan sahaja.” [3]  
Kau gagal buktikan kesalahan dari pernyataan ini kerana sumber rujukan yang autentik. Kegagalan menjawab posting inilah yang membuatkan rakan ‘sufasthaiyyun’ mu di laman Pseudoscience Watch menutup komen Ayu dari tontonan umum (Lihat Rajah 1). Lebih lucu, kerana kekeringan modal, kau bawakan sebuah kajian tinjauan atas penganut agama Kristian Ortodok-Protestan di Belanda untuk disamakan dengan keadaan sampel populasi di Malaysia. Kau memang pelawak yang handal Jacknaim. Aku tak nafikan. Seharusnya nama mu di tambah Jacknaim Sparrow. Aku sarankan kau turut serta dalam Rancangan Maharajalawak Mega 2017. Berpijaklah di bumi yang nyata. Masih perlu penyelidikan setempat untuk membuktikan pernyataan kau itu.


Ayu, izinkan aku menangis semahu-mahunya apabila kau cuba untuk mengatakan bahawa aku sedang berleter tentang ilmu immunology seakan-akan kau berada di Tingkatan enam. Kau tidak perlu naik ke tingkatan enam pun Ayu. Sebelum memasuki peperiksaan SPM pun sepatutnya kau sudah faham dengan jelas tentang konsep yang aku terangkan panjang lebar itu andai kau betul betul belajar dalam aliran sains.

Dan ini secara jelas menjawab soalanmu sendiri dalam ayat sebelum itu. Izinkan aku tunjukkan padamu sekali lagi.


………………cara terbaik untuk mengatasi masalah difteria dengan mencapai 100% nilai populasi yang mendapat imunisasi melawan Difteria. Ini tidak masuk di akal fikiran. Kajian ini dilihat terlalu gopoh dan seolah-olah menafikan wujud kelompok bayi yang kontraindikasi vaksin sebagaimana yang dinyatakan oleh Centre for Disease Control and Prevention. [2]

Bila kau faham rentetan penceritaanku dalam bab dua maka kau sudah tahu bahawa ia sudah menjawab persoalanmu tentang herd immunity dan kenapa Chen ST membuat hipotesis tersebut.

Kerana nilai angka populasi untuk mencapai 100% menerima vaksin adalah mustahil dan tidak masuk akal kerana terdapat kelompok bayi yang mempunyai kontraindikasi untuk menerima vaksin. Maka kerana itulah Admin Pseudoscience Watch memadam komen mu. Kerana kau perlu disekolahkan bermula tadika kembali sebelum menyertai perbahasan ilmiah dengan mereka.

Tapi jangan risau Ayu. Kerana kekasihmu ini akan setia bersamamu, melayan manja dan gurauanmu. Seperti seorang bapa menjawab pertanyaan anak kecilnya berusia dua tahun maka aku juga akan melayan kerenahmu bertanya soalan. Walaupun kini kau sudah bergelar seorang doktor.

Ayu, kerana ada minoriti kecil sahaja golongan yang tidak sesuai menerima suntikan vaksinasi maka keseluruhan kita mendapat manfaat herd immunity. Dalam erti kata lain, jangkitan diphteria masih boleh berlaku mengikut hipotesis yang dinyatakan Chen ST memandangkan jumlah populasi yang diberi vaksin tidak sampai ke paras maksimum iaitu 100%. Tetapi jangkitan ini tidak cukup kuat untuk menyebabkan wabak diphteria secara besar-besaran.

Kerana itu walaupun aku menghormati kebebasan bersuara tetapi aku akan berjuang habis habisan untuk memastikan hanya populasi yang benar-benar tidak sesuai menerima vaksin sahaja akan bernafas tanpa ada bekas suntikan vaksinasi.


Ketiga, berkaitan kajian RCT, double blind atau placebo controlled. Ini adalah poin penutup surat kedua mu. Sebenarnya, kau tak harus meragukan siapa diri ku tapi ragukanlah siapa dirimu sebagaimana yang kau tulis dalam surat balas terbaru. Aku tak sanggup balas setiap jilid surat mu serentak. Bagaimana seorang doktor merangkap freelance writer boleh tak tahu bahawa kajian eksperimen RCT dijuluki sebagai gold standard research design. Manakala kajian tinjauan (observational study) hanya bersifat komplimentari sahaja. Silakan diingat kembali pelajaran Public Health. Selama 56 tahun program vaksinasi, takkan hanya data pemerhatian saja yang keluar? Berapa lama rakyat Negara ini harus bersikap konsumtif?


Sudah aku jelaskan dengan terang dan jelas berdasarkan beberapa bukti dan contoh. Aku akan berhujah sehingga hari kiamat dan kau tidak akan pernah puas dengan penjelasanku tanpa didasari ilmu yang betul.


Menelan apa sahaja yang datang dari Barat. Prof Al-Attas mengistilahkan sebagai Westernization.


Tidak. Kami tidak mengikut acuan barat. Kami mengikut disiplin ilmu dan sains serta kemampuan akal untuk berfikir selari dengan apa yang dituntut oleh Allah.

Bayangkan apa yang akan terjadi apabila siri kempen yang kau dan rakan-rakanmu jalankan dalam usaha menentang penggunaan vaksin. Jumlah populasi yang menerima suntikan vaksin akan berkurangan dari semasa ke semasa. Hinggalah apabila satu tahap di mana bilangan ini semakin bertambah dan menyebabkan kegagalan herd immunity maka ketika itulah wabak akan terjadi.

Tentu sahaja ini semua adalah mengikut ketentuan Allah wahai kekasih hatiku Ayu. Tidak ada sesuatu yang terjadi tanpa izin Allah. Akan tetapi, Allah memberi kita ilmu untuk memahami setiap kejadian yang berlaku di sekeliling kita. Sudah aku tunjukkan kepadamu bukti yang berlaku di Israel, Soviet Union dan Afrika Selatan tentang bagaimana adanya kaitan yang berlaku apabila bekalan vaksin terganggu, apabila masyarakat mula meninggalkan vaksin kerana satu satu penyakit itu sudah tidak wujud di satu satu tempat dan apabila faktor seroprevalence study diambil kira dengan kejadian wabak diphteria di seluruh dunia.

Semua itu berlaku berdasarkan ilmu yang Allah beri kepada kami. Apabila kami memilih untuk berfikir dan menggunakan akal yang Allah berikan ini ke arah saluran yang betul. Teori ini sudah terbukti lebih dari 200 tahun. 

Inilah yang dinamakan sebagai sains. Iaitu sesuatu berlaku dijelaskan dengan bukti dan kajian yang dijalankan hingga menemukan kebenaran. 

Ada kalanya, berlaku kelainan atau kejadian yang berlaku di luar ilmu kita. Sesuatu yang tidak diduga dan disangka-sangka. Contoh paling mudah yang aku dapat berikan adalah apabila berlaku wabak diphteria secara besar besaran di Malaysia persis  seperti yang berlaku di Rusia dan seawal tahun 1920 an sebaik sahaja kita membuka mata pada keesokan harinya. Maka apa yang berlaku? Ini adalah bala atau peringatan yang diberi oleh Allah. 

Ia berlaku apabila kita menjadi semakin angkuh dan sombong kepada Allah dan seluruh umat manusia hampir melupakan Allah. Maka Allah akan mengurniakan balasan kepada kita dengan kejadian sebegini. Iaitu apabila sains yang sudah terbukti bergerak mengikut rencana alam tiba-tiba menyimpang dengan begitu signifikan sekali. Dari segi Islam, itu adalah tanda akhir akan berlakunya kiamat.

Dan apabila tanda tanda ini terus berlaku tanpa henti dengan tidak mengikut penjelasan ilmu yang berdasarkan bukti dan kejadian dan ditambah dengan faktor semua manusia melupakan Allah, maka kiamat akan berlaku.

Tiada siapa tahu bila kiamat itu akan berlaku. Akan tetapi mengikut kepercayaanku berdasarkan ilmu yang sera sedikit ini, kiamat itu berlaku apabila keseimbangan yang ditetapkan oleh Allah terganggu secara berterusan dan manusia sudah mula lupa pada Allah. Selagi keseimbangan itu masih berlaku dan manusia tidak lupa akan Allah, maka selagi itu kiamat tidak akan terjadi. Kepercayaanku cukup mudah dan senang biarpun aku bukanlah seorang Islam yang melaksanakan dasar dan syariah Islam secara hakiki disebabkan oleh kelemahanku. Sejauh mana aku menyimpang dan tersesat dari landasan kebenaran agam Islam ini, aku yakin bahawa keyakinanku terhadap Allah tidak akan sesekali hilang. 

Aku beriman kepada Allah, Rasul, Malaikat, Qada dan Qadar, Al Quran dan Hari Kiamat. Dan aku juga beriman dengan sains yang betul yang menjelaskan tentang enam rukun iman yang aku nyatakan itu. Dan dengan bukti yang aku jelaskan panjang lebar itu, maka aku mengajak dirimu dan rakan-rakanmu untuk berlapang dada dalam menerima kebenaran ini.

Mungkin akan terjadi pada suatu masa nanti bahawa kebenaran yang kami bawa ini menjadi salah biarpun sudah beratus tahun mengikut prinsip yang ditetapkan. Aku tidak hairan kerana aku berpandangan begini,

Nothing is absolute without a clear truth. A truth is based on evidence. But still, the truth can be wrong by having a wrong evidence. To me, the only clear truth that present in this universe is the existence of the Almighty God

Bermakna dalam satu satu langkah yang diambil, kepercayaan yang aku anuti berdasarkan bukti yang aku percayai benar sebetulnya dibina diatas bukti yang salah. 

Di saat itu, aku akan nyatakan kepadamu bahawa kamu semua berada di atas jalan yang lurus dan benar. Sedang aku termasuk dalam golongan yang sesat dan mungkar.

Aku tidak meminta kamu semua berubah pandangan mengikut kepercayaanku ini kerana aku dan yang lain lain boleh sahaja salah walaupun ia sudah terbukti benar. Mungkin juga Allah meletakkan hijab untuk kami melihat kebenaran. Maka kamu bebas untuk mengikut cara kamu. Hal ini sama juga dengan memilih agama. Untuk kamu jalan kamu dan untuk aku adalah jalan yang aku pilih.

Maka terpulanglah samada kamu ingin percaya bahawa vaksin ini berkesan dan didasari prinsip sains serta agama atau pun sebaliknya, ia tidak berkesan! Dan sekalipun jika kamu yakin dan percaya tetapi terpaksa menolak di atas sebab-sebab tertentu, maka itu adalah pilihan kita semua.


Alhamdulilllah nya, di bahagian akhir warkah mu, kau sudah menjawab isi keseluruhan permasalahan yang kau timbulkan sendiri. Kau akur bahawa tingkat kemiskinan dan jauhnya masyarakat dari akses kesihatan yang baik menimbulkan kembali pelbagai jangkitan kuman ini. Inilah kesimpulan yang mendamaikan seluruh jiwa manusia. Aku jadi kagum pada mu, Jack. Semoga isteri mu tidak cemburu pada ku.
“Pengalaman saya selama lima tahun bekerja di Sabah hampir 100 peratus menyaksikan kes jangkitan kuman teruk dalam kalangan warganegara asing yang tidak diberi suntikan vaksinasi adalah disebabkan faktor kemiskinan dan akses kepada fasiliti kesihatan.”[4]
Case report mu ini, sejalan dengan fakta kes yang dilaporkan di media arus perdana. Antara faktor besar yang cuba ditutup-tutupi oleh gerakan fanatis Pro Vaksinasi adalah faktor kebersihan yang amat parah dan keadaan sosio ekonomi.
“Difteria adalah sejenis penyakit yang mudah berjangkit, terutama dari individu ke individu lain dan bakteria penyebab penyakit itu mudah membiak di kawasan persekitaran yang kotor,” Lapor akhbar Berita Harian Online [5] Situasi persekitaran kes di Kedah:
Supaya sahabat (baca: bukan kekasih) lebih jelas berkaitan keadaan sanitasi, kebersihan dan persekitaran mangsa di Kedah, sila tonton video ini  https://www.youtube.com/watch?v=WBWnmOy2vnY[6]
Situasi persekitaran kes di Melaka:
Sebelumnya, akhbar The Star sendiri telah melaporkan bagaimana rendahnya tahap sosio ekonomi keluarga mangsa, dengan hidup dalam satu ruang bilik berhimpit 7 beranak, ayahnya pula menganggur sakit, pendapatan hanya RM300 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, mandi diluar rumah, tidak ada dapur khusus, menumpang pula tandas di stesen minyak berhampiran. [7] Baru kemudian muncul kes jangkitan kuman difteria ini. [8]


Sudah aku terangkan dengan panjang lebar di atas.  Bahkan kami di pihak ahli perubatan tidak sama sekali menafikan atau cuba menutup tentang faktor kebersihan yang teruk dan keadaan sosio ekonomi. Dan aku yakin bahawa hanya kamu sahaja yang berfikiran sedemikian. Kerana aku sudah menilai majoriti golongan yang menolak vaksinasi juga bersetuju dengan apa yang kami katakan. Cuma mereka mempunyai alasan bersebab untuk menolak. Akan tetapi, mereka tidak menafi atau menolak kebenaran. 


Antara vaksin, kebersihan dan ekonomi Negara, mana lebih ‘wajib’ bagi diri mu, Dr. Jacknaim Sparrow?


Maka yang mana pula wajib untuk mu bagi  memastikan kelangsungan hidup andai kau diberi pilihan untuk memilih antara Air, Makanan dan Oksigen? Maka begitu jugalah jawapanku terhadap persoalanmu. Kesemua yang kau nyatakan di atas adalah wajib.
 

Yang berharap kau menerima kebenaran,
Dr. Jacknaim


[i] Balto, 22 April 2014, assessed on 27/6/16 at 4.20 AM http://talesofamadcapheiress.blogspot.my/2014/04/balto.html
[ii] A Race for Life: Balto and the Hero Dogs of  Alaska
http://www.visitnomealaska.com/wp-content/uploads/2015/04/A-Race-for-Life-Balto-and-the-Hero-Dogs-of-Alaska.pdf
[iii] Terjemahan daripada artikel Bruce M Lo, "Diphteria"
http://emedicine.medscape.com/article/782051-overview#a5 assesseed online on 27/6/2016, 2.40 am
[iv] M. Linda Quick, Roland W. Sutter, Ketevan Kobaidze et al, "Risk Factors for Diphtheria: A Prospective Case-Control Study in the Republic of Georgia, 1995–1996", The Journal of Infectious Diseases 2000; 181(Suppl 1):S121–9
[v] L. Valinsky, S. Simhoni, R. Bassal et al, "Prevalence and correlates of diphtheria toxoid antibodies in children and adults in Israel," European Society of Clinical Microbiology and Infectious Diseases, 2006
[vi] Charles R. Vitek and Melinda Wharton, "Diphtheria in the Former Soviet Union:
Reemergence of a Pandemic Disease" Emerging of Infectious Disease, Vol. 4, No. 4, October-December 1998
[vii] Communicable Diseases Communiqué, March 2015, Vol. 14(3)