BALASAN SURAT-SURAT
CINTA DR JACKNAIM KEPADA KU [Siri 1]
Autisme dan Vaksin
Diterima kiriman surat 1: Kita Seperti Batman dan
Superman dari Dr. Jacknaim - Klik[link]
OLEH: AYU RAUDHAH, MENITI DETIK RAMADHAN
Waalaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh,
Kehadapan sahabatku Dr. Jacknaim, aku sudah membaca
seluruh isi surat-surat mu. Aku memejamkan mata seraya meneguhkan hati. Aku
harus kuat. Ya, sebagai gadis doktor memang harus kuat. Maaf Jacknaim. Ayu
tidak dapat memenuhi pelawaan menonton wayang yang telah kau tempah tahun lalu.
Aku masih membayangkan penderitaan mangsa AEFI yang tidak mendapat perhatian
sewajarnya [1], jumlah pesakit autoimun
yang membimbangkan, dan pampasan USD3.3 bilion kepada mangsa vaksinasi di
Amerika [2]. Meskipun aku merasa kini tidak
memiliki siapa-siapa lagi, bila sindiran itu hadir dari rakan sejawatan ku
sendiri. Bagi seorang muslimah cukuplah keteguhan hati menjadi teman dan
penenteram jiwa.
Aku kembali menegaskan niat, bahawa aku sedang
melakukan pengembaraan untuk mengubah takdir. Mengubah nasib. Seperti saran
para Tuan Guru, kita harus berani berhijrah dari satu takdir Allah ke takdir
Allah yang lain yang lebih baik. Ada faktor sosial mengapa aku menyembunyikan
APC sebagai seorang doktor bertauliah. Lihat sahajalah nasib Imam Muda Ammar.
Belum pun sempat membaling batu, tangan sudah tergari. Tubuh kaku tersunggur
sebelum sampai ke destinasi dituju. Sesungguhnya, inilah ketidakadilan sosial,
buah dari sikap fanatisma kelompok Pro Vaksinasi.
Sistem perundangan kita mengajar, seseorang itu
tidak bersalah selagi tidak dibuktikan (Presumption of Innocence)
memerlukan kemampuan intelektual dan falsafah untuk memahaminya [3]. Jalan yang aku tempuh bukanlah melempar
batu, tangan sorok dibelakang seperti yang kau dakwa melainkan ia adalah perahu
kebijaksanaan ditengah badai kezaliman.
Sebahagian besar isi SURAT 1: KITA SEPERTI BATMAN
DAN SUPERMAN, kau menceritakan pada ku kisah bagaimana penyelidikan Dr.
Wakefield ditolak oleh para pakar.
“Wakefield seorang pengkhianat, Wakefield mempunyai
kepentingan peribadi, ia membuka ruang kepada kemunculan golongan antivaksin!” [4]
Nada kau serupa dengan laman sesawang American
Academic of Pediatrics melalui tulisannya berjudul Vaccine Safety:
Examine The Evidence [5] secara
seratus peratus (100%) hanya mengetengahkan kajian yang menunjukkan vaksin
tidak dapat dikaitkan dengan autisme. Tapi mungkin kau terlupa mengutip
pelbagai sumber terkini yang kontra. Ataupun sengaja memejamkan mata. Beberapa
penyelidik membuktikan terdapat bahan lain selain Timerosal yang dapat
dikaitkan dengan pembentukan autisme. Menurut kajian yang dilaporkan dalam Journal
of Inorganic Biochemistry (2011) oleh penyelidik dari Neural Dynamics
Group, University of British Columbia mendapati aluminium adalah faktor
penyumbang penting kepada peningkatan Autisme Spectrum Disorders (ASD) di
negara Barat. Penyelidik kajian bertajuk Do aluminum vaccine adjuvants
contribute to the tising prevalence of autism? tersebut mendapati kajian
antara kecenderungan untuk menghidap ASD dan pendedahan kepada aluminium
(daripada bahan adjuvant) berlaku pada kadar paling tinggi ketika bayi
berumur antara 3 – 4 bulan [6]. Sebuah
kajian lain dijalankan oleh Delong G berjudul A positive association found
between autism prevalence and childhood vaccination uptake across the U.S.
population seperti dilaporkan dalam Journal of Toxicological
Environmental Health (2011). [7]
Kajian berjudul Abnormal measles-mumps-rubella
antibodies and CNS autoimmunity in children with autism yang dijalankan
oleh Singh Vk et al seperti dilaporkan dalam Journal of Biomedical Science
(2002) pula mendapati serangan autoimun terhadap Sistem Saraf Pusat (otak dan
saraf tunjang) merupakan penyebab kepada autisme. Pengkaji membuat kesimpulan
bahawa kanak-kanak autistik (mengalami autisme) memiliki tindakan antibodi
tidak normal terhadap MMR. Mereka juga mendapati bahawa autisme boleh berpunca
daripada jangkitan virus campak (measles) yang mencetus simptom pada
saraf sesetengah kanak-kanak. Sumber virus ialah salah satu jenis virus campak
(yang terdapat dalam vaksin) atau boleh jadi juga berpunca daripada vaksin MMR.
[8]
Aku sampai beranggapan surat pertama ini ditujukan
kepada Wakefield. Aku cemburu. Namun aku harus mengulasnya mengikut kronologi
yang benar. Ada empat (4) hal yang harus diperhatikan dengan cermat. Pertama,
kajian tersebut berjaya bertahan selama 12 tahun di jurnal Lancet bermula tahun
1998. Kedua, terlepas dari pelbagai kontroversi, apa yang diutarakan
mendapati kanak-kanak yang menghidap autisme mengalami sejenis penyakit usus
setelah mereka menerima inokulasi vaksin MMR. Ketiga, Wakefield
mendapati kerosakan teruk bukan sahaja berlaku kepada usus malah kepada
mitokondria (kilang membina tenaga). Kerosakan mitokondria telah disahkan dalam
sebuah kajian lain. Keempat, Wakefield berpendapat, vaksin MMR berbahaya
dan setiap jenis vaksin sepatutnya diinokulasi secara berasingan. Malangnya
atas sebab tertentu yang dipercayai bermotifkan menjaga kepentingan perniagaan
vaksin, laporan kajian tersebut telah dikeluarkan dari Lancet pada tahun 2010. [9]
Jarum jam menunjukkan pukul 0300. Aku harus siapkan
hutang surat-surat mu sesuai harapan mu pada ku. Aku akan rasa lebih bersedia
memasuki 10 malam terakhir Ramadhan dengan jiwa yang lebih mantap dan dada yang
lapang. Melalui warkah balasan ini, aku ingin sampaikan pada mu bahawa sikap
tidak mengetengahkan kajian yang tidak menyokong kempen vaksinasi mungkin
bertujuan membantu golongan Pro Vaksinasi mencapai matlamat utamanya. Di tengah
kesibukan, aku kirim doa semoga sahabat ku Dr Jacknaim baik-baik dalam
lindungan Allah Swt. Anggap saja surat balasan ini sebagai hadiah Ramadhan.
Hadiah dari seorang yang dianggap misterius, kotor berlumuran dosa. Semoga
hadiah ini diterima kerana ini dihasilkan dari lelahnya saraf retina mata.
--------------------------------
Membaca mukaddimah surat kedua mu berjudul
“Diphteria Paling Seksi” [10] membuatku
berkerut dahi. Aku sebenarnya sangat letih menjawab isu terpencil. Tapi aku
teringat, pencuri untuk berbuat jahat sahaja berani nekad, tak mungkin berbuat
baik tidak berani nekad. Aku gagahkan diri beri penjelasan. Ayu tidak berniat
ingin memalukan mu wahai sahabat. Tapi apakah kau berfikir perasaan Imam Muda
Ammar sebelum kau mengkritiknya dengan kata-kata pedas? [11] Bagaimana perasaan keluarganya apabila beliau
‘dibebalkan’ dengan kata-kata tohmah? Dimanakah rasa kasih mu waktu itu? Apakah
kerana gelar doktor dibalik nama mu menjadikan dirimu sesuci debu? Apa yang aku
lakukan hanyalah seni counter attack dalam menyampaikan peringatan.
Maafkan ayu.
Setidaknya ada tiga (3) poin yang menjadi ajang
kritikan kau dalam warkah kali ini. Bersambung…..
Klik
[Siri 2 - link ]
________________________________
Nota kaki:
[1] Ayu Raudhah. Posting dalam
Group: Masyarakat Kena Tahu, 24 Jun 2016. Dikutip dari, https://m.facebook.com/groups/896874157091838?view=permalink&id=958742040905049
[2] Vaccine Injury Compensation
Data, National Vaccine Injury Compensation Program Data Report - June 1, 2016.
Dikutip dari laman,http://www.hrsa.gov/vaccinecompensation/data/index.html
[3] Arshad AH. Rights of Accused
Persons: Are Safeguards Being Reduced? Badan Peguam Malaysia. Dikutip dari
laman,http://www.malaysianbar.org.my/human_rights/rights_of_accused_persons_are_safeguards_being_reduced_.html
[4] Razak MN. Surat 1: Kita
Seperti Batman dan Superman. Dikutip dari https://www.facebook.com/notes/muhamad-naim-ab-razak/surat-1-kita-seperti-batman-dan-superman/1417429194949594, 2016
[5] Vaccine Safety: Examine The
Evidence. American Academic of Pediatrics, April 2013. Di muat turun dari laman
https://www.aap.org/en-us/Documents/immunization_vaccine_studies.pdf
[6] Tomljenovic L, Shaw CA. Do
aluminum vaccine adjuvants contribute to the rising prevalence of autism?
Journal of Inorganic Biochemistry, 2011; 105: 1489–1499. Di muat turun dari
lamanhttp://autismoava.org/archivos/1-s2.0-S0162013411002212-main.pdf
[7] Delong G. A positive
association found between autism prevalence and childhood vaccination uptake
across the U.S. population. Journal of Toxicological Environmental Health,
2011. https://www.researchgate.net/publication/51175672_A_Positive_Association_found_between_Autism_Prevalence_and_Childhood_Vaccination_uptake_across_the_US_Population
[8] Singh Vk et al. Abnormal
measles-mumps-rubella antibodies and CNS autoimmunity in children with autism.
Journal of Biomedical Science, 2002. Dikutip dari lamanhttps://vaccination-information-portal.com/wp-content/uploads/participants-database/abnormal_measles-mumps-rubella_antibodies_and_cns_autoimmunity_in_children_with_autism.pdf
[9] Wakefield, AJ, Murch SH,
Anthony A, Linnell J, et al. Ileal lymphoid nodular hyperplasia, nonspecific
colitis and pervasive developmental disorder in children. The Lancet.
1998;351:637-641. [retracted]. Di muat turun dari laman,http://www.thelancet.com/journals/lancet/article/PIIS0140-6736(97)11096-0/abstract
[10] Muhammad Na’im Abd Razak,
posting profile FB. 24 Jun 2016.https://www.facebook.com/notes/muhamad-naim-ab-razak/surat-2-diphteria-paling-seksi/1417970084895505
[11] Muhammad Na’im Abd Razak,
posting profile FB. 22 Jun 2016. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10210110655222279&id=1214743851
Ke hadapan Ayu yang saya rindui,
Semoga sentiasa berada dalam rahmat dan nikmat
kurniaan Allah yang melimpah ruah. Iya, selaku orang Islam kita harus berjihad.
Jihad dalam konteks pada hari ini bukan lagi semata-mata jihad di medan perang.
Adapun begitu, masih ada saudara kita di Palestine, Syiria, dan Myammar yang
masih lagi perlu mengangkat senjata untuk terus hidup.
Kita juga harus melakukan jihad ekonomi untuk
membasmi kemiskinan umat Islam pada hari ini.
Kita juga harus melakukan jihad menuntut ilmu.
Untuk membantu kita keluar dari kejahilan dan kembali membawa cahaya yang
terang benderang di muka bumi ini. Kita harus kembali seperti di zaman
keagungan kerajaan Abbasiyyah yang menyaksikan kita terulung bukan sahaja dari
segi perkembangan agama Islam tetapi juga ilmu kalam.
Bangsa eropah pada ketika itu hanya mampu menelan
air liur, mencemburui kebijaksanaan kita yang pada hakikatnya dikurniakan oleh
Allah S.W.T sebagai rahmat dan nikmat kepada kita.
Allah angkat darjat nenek moyang kita di zaman
kerajaan Abbasiyyah dan kehidupan mereka selari di mana Agama memacu perkembangan
teknologi duniawi.
Hariku dipenuhi dengan rinduku terhadapmu yang
semakin lama terus bersarang di hatiku. Lantas menjadi rumah kepada anak-anak
kecintaan yang aku harap membesar dengan penuh rasa kasih sayang.
Namun begitu, aku lebih merindui zaman keagungan
ilmu. Aku lebih merindui zaman di mana aku sendiri masih belum lahir pada
ketika itu tetapi sentiasa menjadi mimpi tidurku. Untuk duduk, makan dan
berbicara bersama-sama sarjana ilmuan Islam yang merendah hati dan sentiasa
bertaqwa kepada Allah. Kerana sehingga kini, aku masih belum mampu untuk
menjadi hamba yang benar-benar bertaqwa terhadap Allah biarpun aku berjuang
untuk mencerdikkan akalku. Semoga hidayah akan kembali mengetuk hatiku dan
ruhul islam akan kembali mengisi segenap inci tubuhku.
Kehadapan
sahabatku Dr. Jacknaim, aku sudah membaca seluruh isi surat-surat mu. Aku
memejamkan mata seraya meneguhkan hati. Aku harus kuat. Ya, sebagai gadis
doktor memang harus kuat. Maaf Jacknaim. Ayu tidak dapat memenuhi pelawaan
menonton wayang yang telah kau tempah tahun lalu.[i]
Aku kan sentiasa berdoa agar kau menjadi gadis
doktor yang kuat dan teguh hati. Itulah doaku yang turut selari dengan
kerinduanku. Selain duduk bersama-sama sarjana Islam yang merendah diri, aku
juga bermimpi agar dunia ini dipenuhi dengan gadis doktor yang kuat dan teguh
hatinya.
Aku mahu kau terus kuat dan berteguh hati seperti
Rufaidah Binti Sa’ad Al Asalmia yang menjadi antara wanita awal memeluk Islam.
Seorang yang tidak punya rasa angkuh, bongkak atau sombong. Hatinya teguh
memuji Rabb yang Maha Esa sedang kudratnya kuat menyumbang tenaga menjadi
perawat muslim yang pertama dalam sejarah dunia Islam.
Doaku sentiasa mendambakan engkau menjadi semakin
kuat dari sehari ke sehari agar kau bisa menjadi Nusayba Binti Ka’ab Al Ansariyah
yang menjadi Difaaun Nabiy[ii],
setia bersama Kekasih Allah mengharungi lautan manusia pimpinan Abu Sufyan yang
sedang dikuasai mabuk gila bersaksikan Bukit Uhud. Kau bersama 700 tentera
Islam yang lain maju menentang 3000 tentera kafir yang tidak putus putus dengki
akan kerajaan pimpinan Kekasih Allah. Badanmu berbalut luka akibat berbelas torehan
pedang yang membenam daging lembutmu saat melindungi kekasih Allah dari
pancungan pedang tentera kaffir yang seakan bersahabat baik bersama syaitan
yang angkuh.
Tapi kini, aku juga harus menjadi seorang doktor
yang kuat dalam mendepani cinta duniaku, agar keteguhan hatiku terhadap
kebenaran tidak akan sesekali padam biar sesekali terleka dengan senyumanmu.
Maka izinkan aku bertegas denganmu, agar ia bisa melatihku untuk menjadi
seorang pemimpin.
Aku masih
membayangkan penderitaan mangsa AEFI yang tidak mendapat perhatian sewajarnya
[1],
Jawapan:
1.
Pertama, saya ingin nyatakan disini bahawa
perbicangan kita tidak akan menemui jalan keluar apabila masing-masing sedang
berada dalam keadaan penuh emosi. Golongan pendokong vaksinasi berada dalam
ketakutan berikutan penularan wabak ekoran daripada peningkatan jumlah populasi
yang tidak diberi vaksinasi. (rujuk surat satu tentang pendefinisian semula herd
immunity)
2.
Dalam masa yang sama, golongan anti vaksin juga
berada dalam keadaan penuh emosi dan stress. Apatah lagi mereka menerima
pembantaian secara emosi baik di laman sosial atau di alam realiti. Tuduhan
seperti tidak sayang anak, ingin membunuh anak orang lain serta ugutan
pemulauan dan pemboikotan akan menambah ketidakstabilan emosi mereka.
3.
Saya walaupun mendokong gerakan imunisasi turut
berasa simpati di atas pembantaian psikologi yang dilakukan ke atas mereka.
4.
Akan tetapi, kita juga harus sedar bahawa sesuatu
polisi dijalankan adalah untuk the best
interest of general population. Ia sepatutnya dilaksanakan berdasarkan kes
demi kes. Dengan mengambil kira beberapa contoh antarabangsa, vaksinasi primer
wajib diambil oleh semua kanak-kanak.
5.
Akan tetapi, masyarakat boleh membuat pilihan
samada ingin mengambil vaksin yang tidak diwajibkan. Vaksin untuk Flu, atau
rotavirus, sememangnya penuh dengan kontroversi. Ia masih tetap berkesan walaupun
ada sesetengah penerbitan jurnal menafikannya, membazir atau tidak mencegah
komplikasi.
6.
Pernyataan Ayu tentang nasib mereka yang mendapat
AEFI tidak terbela adalah bersifat secara umum. Terlampau umum. Sebelum
berbincang dengan lebih lanjut, kita nilai dahulu definisi AEFI oleh World
Health Organization, WHO
7.
An Adverse event following immunization (AEFI) is
any un toward medical occurrence which follows immunization and which does not
necessarily have a causal relationship with the usage of the vaccine. The
adverse event may be any unfavourable or unintended sign, abnormal laboratory
finding, symptom or disease.
8.
Berdasarkan keadaan ini, segala reaksi dan tindak
balas yang terjadi termasuklah rasa tidak selesa dalam rangkuman masa tertentu
dikira sebagai AEFI. Ini termasuklah seseorang itu mendapat kecederaan otak
kerana terjatuh dan kepalanya terhantuk kepada meja akibat rasa pening setelah
diberi vaksin untuk HPV. Atau meninggal dunia disebabkan serangan jantung
kerana pesakit terkejut sewaktu menerima suntikan vaksin juga dikira sebagai
AEFI.
9.
Dalam erti kata lain, apabila menerima laporan
tentang AEFI, maka kita harus berfikir secara analitikal dan kritikal. Adakah
kesan sampingan itu berlaku secara langsung disebabkan oleh vaksin itu sendiri
atau dipengaruhi oleh benda lain.
10. Dalam
erti kata lain, sekiranya ayu sedang makan pisang dan tercekik pisang kerana
saya tiba-tiba datang melakukan surprise dengan menutup mata ayu dari belakang
dan ditakdirkan ayu meninggal disebabkan itu maka kematian Ayu adalah
disebabkan oleh komplikasi memakan pisang. Selepas kematian Ayu, sekumpulan
ahli kumpulan #masyarakatperlutahu mula menjalankan kempen memboikot pisang
kerana pisang boleh menyebabkan kesan sampingan iaitu mati mengejut setelah
memakannya.
11. Oleh
kerana itu anda akan mendapati bahawa kertas panduan preskripsi pemberian
vaksin akan menyenaraikan segala macam jenis kesan sampingan.
12. Oleh yang
demikian, masyarakat harus menilai samada berbaloi atau tidak untuk mengambil
vaksinasi. Contohnya, mempunyai masalah asthma selamat untuk mengambil vaksin.
Tetapi jika menghidap alahan terhadap telur atau pernah mendapat tindakbalas
imunologi yang teruk sewaktu proses vaksinasi sebelum ini maka terdapat
justifikasi untuk menangguh atau mengecualikan pesakit dari vaksin.
13. Ada ibu
bapa yang membuat keputusan untuk mendapat khidmat rundingan pakar perubatan
kanak-kanak untuk diberi suntikan vaksinasi MMR walaupun mempunyai masalah
kesan sampingan terhadap telur. Pesakit tersebut di masukkan ke dalam wad untuk
pemerhatian, dilakukan ujian sensitiviti terhadap telur dan diberi suntikan
vaksinasi setelah penilaian mendapati ia selamat. Tidak ada komplikasi berlaku
dan pesakit dibenarkan pulang setelah tempoh masa pemerhatian pasca vaksinasi
dilakukan.
14. Masalah
eczema yang minima selepas vaksinasi pertama bukanlah bermaksud pesakit boleh
diberi pegecualian untuk suntikan kedua. Tetapi, ia diberi dengan lebih
pengawasan.
15. Antara
penambah baikan yang boleh kita laksanakan dalam isu ini termasuklah mendidik
ibu bapa, doktor dan staff kesihatan untuk lebih mengenal dan mengiktiraf simptom
AEFI. Memperbaiki sistem jaringan untuk melaporkan tindak balas AEFI,
memudahkan pesakit mempunyai doktor keluarga yang senang untuk mereka berhubung
bagi mendapat penjelasan tentang sesuatu isu boleh membantu menangani masalah
ini. Selain itu, saya percaya yang satu sistem sokongan sosial harus diwujudkan
terutamanya andai terdapat kes melibatkan severe AEFI walaupun peratusan ini
adalah rendah.
16. Peratusan
untuk mendapat severe AEFI adalah tersangat rendah. Sebagai contoh; BCG (1
dalam 1 000 ke 1 dalam 50 000 dos), oral polio vaccine; OPV (1 dalam 2–3 juta
dos) atau 1 dalam 750 000 dos untuk dos pertama, Measles (1 dalam 1 juta dos),
DTP (1 dalam 750 000 dos)
17. Baiklah,
ramai golongan anti vaksin akan mengemukakan hujah mengatakan bahawa mereka
yang bersetuju dengan polisi vaksinasi adalah pembunuh. Menurut kata mereka,
penyakit yang boleh dicegah oleh vaksi tidak memberi impak besar terutamanya
kematian. Kenyataan ini akan saya ulas dengan panjang lebar lagi.
18. Apabila
berlaku sesuatu wabak, banyak benda yang harus kita fikirkan termasuklah
terpaksa menutup premis-premis tertentu berdasarkan tahap keseriusan wabak,
memutuskan jaringan perdagangan, mereka yang sakit tidak dapat bekerja dan
terpaksa diisolasi di rumah, menimbulkan spekulasi dan seterusnya membawa
kepada ketidakstabilan ekonomi dan lain-lain. Kesemua faktor ini tidak pernah
diambil kira oleh golongan anti vaksin. Ini belum lagi mengambil kira kes
komplikasi wabak yang teruk seperti terpaksa bergantung kepada pernafasan
ventilator untuk jangka masa panjang dan menambah beban kepada risiko jangkitan
kuman dan resistansi bakteria. Rujuk
kembali zaman era polio berleluasa dan penggunaan Iron Lung untuk mengatasi
masalah pernafasan akibat komplikasi polio.
19. Ayu, jika
benar berada dalam bidang perubatan harus boleh berfikir tentang semua ini.
Saya tahu Ayu akan mengeluarkan pula hujah tentang gerakan anti vaksinasi
sedunia yang dipelopori nama-nama besar dalam bidang perubatan. Isu itu akan
disentuh kemudian dan sangat menarik sekali untuk diperbincangkan.
jumlah
pesakit autoimun yang membimbangkan, dan pampasan USD3.3 bilion kepada mangsa
vaksinasi di Amerika [2].
Jawapan:
1.
Saya tidak pasti apa yang Ayu cuba tonjolkan
disini. Seakan ayat yang tidak lengkap dan secara tiba tiba mengaitkan antara
pesakit autoimmune dan bayaran
pampasan. Boleh saya tahu, Ayu copy paste
ayat ni di mana? Atau Ayu terjemah ayat tidak lengkap sama seperti kes Ayu
memfitnah Timbalan Menteri Kesihatan yang berbohong tentang status AEFI hanya
satu sahaja sedangkan tidak mengambil ayat tersebut secara keseluruhan. Ia
lantas seolah-olah menunjukkan contoh jahat seakan-akan kementerian kesihatan
Malaysia cuba untuk menyembunyikan kes berkaitan dengan AEFI.
2.
Pampasan 3.3 billion kepada warga Amerika Syarikat
berlaku dalam tempoh 27 tahun. Pemberian pampasan melalui petisi ini tidak
semestinya disebabkan vaksin menyebabkan kecederaan atau kerugian kepada mangsa.
Sebaliknya ia adalah hasil perbincangan dua hala. Adalah tidak releven untuk
membincangkan dasar polisi Amerika Syarikat dalam isu ini. Tambahan pula, jika
dikira secara statistiknya, kurang dari satu orang mendapat kecederaan akibat
vaksin dengan dinisbahkan kepada 1 juta dos vaksin yang diberikan. Masih lagi
menunjukkan julat komplikasi vaksinasi yang sangat rendah.
Meskipun
aku merasa kini tidak memiliki siapa-siapa lagi, bila sindiran itu hadir dari
rakan sejawatan ku sendiri. Bagi seorang muslimah cukuplah keteguhan hati
menjadi teman dan penenteram jiwa.
Jawapan:
Semoga
keteguhan hati menjadi teman dan penenteram jiwa saya juga. Salam perdamaian!
Aku
kembali menegaskan niat, bahawa aku sedang melakukan pengembaraan untuk
mengubah takdir. Mengubah nasib. Seperti saran para Tuan Guru, kita harus
berani berhijrah dari satu takdir Allah ke takdir Allah yang lain yang lebih
baik. Ada faktor sosial mengapa aku menyembunyikan APC sebagai seorang doktor
bertauliah.
Jawapan:
APC berubah setiap tahun. Hanya sekadar
menunjukkan lesen untuk bertugas secara sah dibawah undang-undang Malaysia.
Saya tertanya-tanya juga apa motif ayu mencanang perkataan APC sedangkan ia
tidak menggambarkan nombor pengenalan istimewa seseorang doktor dan berubah
setiap tahun.
Tersilap tembak ka Ayu?
Lihat
sahajalah nasib Imam Muda Ammar. Belum pun sempat membaling batu, tangan sudah
tergari. Tubuh kaku tersunggur sebelum sampai ke destinasi dituju.
Sesungguhnya, inilah ketidakadilan sosial, buah dari sikap fanatisma kelompok
Pro Vaksinasi.
Jawapan:
Dan Ayu tidak mengira perbuatan Ayu yang menjadi
pembuli laman sosial seperti yang saya tonjolkan melalui surat ketiga saya?
Menceroboh hak peribadi pengguna Facebook
dengan tujuan mengambil gambar dan di tayang kepada seluruh dunia dengan
niat untuk memalukan seseorang. Bukankah ini ciri tipikal pejuang anti
vaksinasi seluruh dunia. Hanya sekadar tahu membuli di laman sosial dengan berlindungkan
identiti palsu.
Tapi tak mengapa lah Ayu, cintaku tetap kepada
kekasih hatiku ini seorang. Seronok juga melayan karenah Ayu waktu cuti ni.
Jemput lah datang berbuka puasa di Sabah ya. Ajak Mak dan Ayah sekali!
Sistem
perundangan kita mengajar, seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan
(Presumption of Innocence) memerlukan kemampuan intelektual dan falsafah untuk
memahaminya [3].
Jawapan:
Dan kaitannya dengan perbahasan ini? Apa yang cuba
untuk dibuktikan?
Jalan
yang aku tempuh bukanlah melempar batu, tangan sorok dibelakang seperti yang
kau dakwa melainkan ia adalah perahu kebijaksanaan ditengah badai kezaliman.
Jawapan:
Perahu kebijaksanaan adalah apabila kau
menjalankan tugasmu sesuai dengan disiplin ilmu yang kau pegang. Andai Ayu
benar-benar seorang doktor.
Dan perahu kebijaksanaan itu adalah apabila kita
bercakap tentang kebaikan atau keburukan vaksinasi menggunakan bukti saintifik
berkualiti tinggi. Kebanyakan rujukan artikel yang diberi oleh golongan anti
vaksinasi adalah tidak mempunyai kualiti mengikut standard penerbitan journal
perubatan.
Kenapa ia berlaku? Kerana golongan doktor yang
menyimpang lari dari agenda perubatan membentuk satu mazhab perubatan mereka
sendiri. Melalui mazhab ini, mereka membentuk blue ocean strategy untuk melobi keuntungan daripada penjualan
makanan organik dan detoxify agent atas
alasan membersih diri dari pencemaran vaksin.
Dan golongan doktor inilah yang menubuhkan
pertubuhan pertubuhan perubatan tertentu dan menghasilkan artikel perubatan
yang diragui kesahihan, mempunyai penyelewengan fakta, kesalahan saintifik,
manipulasi bukti demi untuk menghancurkan teras perubatan moden berkenaan
Vaksinasi.
Ini terjadi apabila kita tidak mempuyai rasa
tanggungjawab dan amanah terhadap ilmu yang diberi kepada Allah dan mula
menyeleweng apabila kita mula berada di puncak kejayaan dan memiliki pengikut
yang ramai.
Andai penyelewengan dalam bidang agama juga boleh
berlaku dalam kalangan agamawan, maka ia tidka mustahil boleh dilakukan secara
berleluasa oleh sebilangan kecil ahli perubatan barat yang menjalani tugas
tanpa didasari iman yang kuat terhadap Allah S.W.T.
Nilai kejujuran sudah mula merosot dari diri kita
pada zaman yang penuh dengan fitnah ini. Fitnah berlaku di mana-mana dan juga
boleh dilakukan oleh diri kita sendiri. Malah, tidak mustahil saya juga akan
membuat fitnah secara tidak sedar ketik berada dalam keadaan jahil. Paling
penting, kita harus berhati-hati dan sentiasa berusaha untuk menjadi orang yang
jujur dalam melaksanakan amanah yang diberi terhadap kita.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Wajib atas kalian untuk bersikap jujur, karena kejujuran akan menuntun kepada kebaikan, dan kebaikan itu akan menuntun ke surga. Apabila seseorang terus menerus bersikap jujur dan berjuang keras untuk senantiasa jujur maka di sisi Allah dia akan dicatat sebagai orang yang shiddiq. Dan jauhilah kedustaan, karena kedustaan itu akan menyeret kepada kefajiran, dan kefajiran akan menjerumuskan ke dalam neraka. Apabila seseorang terus menerus berdusta dan mempertahankan kedustaannya maka di sisi Allah dia akan dicatat sebagai seorang pendusta.” - HR. Muslim dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu’anhu
Maka sebaiknya, kita harus jujur. Jujur dalam
melaksanakan amanah yang sudah tergalas di atas bahu kita. Semoga Allah memberi
kebaikan di atas kejujuran kita.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah datangnya hari kiamat.” Lalu ada yang bertanya, “Bagaimana amanah itu disia-siakan?”. Maka beliau menjawab, “Apabila suatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya maka tunggulah kiamatnya.” - HR. Bukhari dari Abu Hurairah radhiyallahu’anhu
Sebahagian
besar isi SURAT 1: KITA SEPERTI BATMAN DAN SUPERMAN, kau menceritakan pada ku
kisah bagaimana penyelidikan Dr. Wakefield ditolak oleh para pakar.
“Wakefield
seorang pengkhianat, Wakefield mempunyai kepentingan peribadi, ia membuka ruang
kepada kemunculan golongan antivaksin!” [4]
Nada kau
serupa dengan laman sesawang American Academic of Pediatrics melalui tulisannya
berjudul Vaccine Safety: Examine The Evidence [5] secara seratus peratus (100%)
hanya mengetengahkan kajian yang menunjukkan vaksin tidak dapat dikaitkan
dengan autisme. Tapi mungkin kau terlupa mengutip pelbagai sumber terkini yang
kontra. Ataupun sengaja memejamkan mata.
Jawapan:
1.
Dalam kes ini, pendirian saya adalah selari dengan
surat 1: Kita Seperti Batman Vs. Superman, di mana setiap doktor perubatan
mempunyai niat yang baik untuk membawa kepada kesihatan manusia sejagat.
Terdapat banyak perbezaan pendapat di antara team batman dan team superman
tetapi keduanya adalah untuk mencari penyelesaian yang lebih baik kepada
masalah kesihatan manusia. Namun, banyak benda yang tidak diketahui oleh
saintis dan para doktor disebabkan betapa kompleksnya penciptaan tubuh manusia
oleh Allah S.W.T. Ini menyebabkan ilmu perubatan sentiasa berubah dari masa ke
semasa bergantung kepada bukti penyelidikan yang diperolehi.
2.
Sebarang perbezaan pendapat dalam kalangan doktor
ini sepatutnya diselesaikan dalam perbicangan antara pakar. Ia tidak sepatutnya
mendapat campur tangan atau kontroversi dari masyarakat yang tidak memahami
disiplin ilmu perubatan.
3.
Berbalik kepada punca peningkatan diagnosis
autism, keadaan pada ketika itu yang menimbulkan panik dalam kalangan
masyarakat telah menjadi punca kenapa masyarakat menyalahkan penggunaan vaksin
sebagai penyebab autism. Jika anda menjalankan kajian secara saintifik, anda
akan mendapati bahawa peningkatan kes yang di diagnos sebagai spektrum penyakit
autism disebabkan oleh banyak faktor.
1.
Antaranya adalah disebabkan penyusunan semula
kriteria yang diperlukan untuk membuat diagnosis autism, keberkesanan proses
saringan di peringkat luar bandar yang membolehkan lebih banyak kanak-kanak
yang mempunyai tanda awal autism dinilai dan diberi diagnosis. Dan, ia juga
disebabkan oleh kecenderungan pakar kanak-kanak untuk membuat diagnosis autism
berdasarkan rawatan susulan di klinik pesakit luar berbanding kaedah tradisional
yang memerlukan pesakit dimasukkan ke dalam wad untuk tempoh masa yang
tertentu. Maka tidak hairanlah graf diagnosis Autism menaik dengan mendadak
sekali.
2.
Wakefield tidak pernah mengatakan bahawa Vaksinasi
menyebabkan Autisma. Beliau hanya melaporkan keadaan klinikal pesakit
berdasarkan pemerhatian beliau terhadap 12 pesakit kanak-kanak yang mengalami
kemerosotan fungsi neuropsikologikal tetapi berbeza dengan deskripsi asal
Sindrom Autism Kanner. Terdapat juga kaitan di mana kanak-kanak ini mempunyai
masalah keradangan usus.
3.
Jika Ayu adalah seorang doktor, Ayu akan mendapati
bahawa terdapat begitu banyak sindrom yang menunjukkan kaitan diantara gangguan
saraf pusat dengan pesakit yang mengalami masalah keradangan usus. Bahkan,
terdapat kaitan diantara tabiat pemakanan sesetengah bahan makanan menyebabkan
kanak-kanak mengalami spektrum penyakit yang seakan-akan autism tetapi boleh
kembali kepada keadaan asal selepas mengubah tabiat pemakanan.
4.
Wakefield sendiri bukanlah anti vaksin. Sebaliknya
Wakefield cuba menyalahkan kombinasi vaksin Measles, Mumps dan Rubella ( Tiga
serangkai) sebagai kemungkinan penyebab
kepada masalah kemerosotan fungsi neuropsikiatrik pesakit.
4.
Kenapa Wakefield dianggap sebagai pengkhianat?
Kerana kajian beliau melibatkan pemalsuan data, mempunyai conflict of interest
di atas posisi nya sebagai ahli yang terlibat dalam badan perundangan untuk
pesakit autism yang menerima vaksinasi. Dan Wakefield juga cuba untuk
memperkenalkan suntikan vaksin MMR tadi secara individual kerana beliau
mempunyai kepentingan peribadi dan terlibat dalam mempatenkan vaksin[iii]
untuk mencegah penyakit measles.
5.
Ini dibuktikan secara jelas lagi melalui buku
Callous Disregard yang ditulis wakefield setelah dibuktikan bersalah di
mahkamah atas tuduhan penipuan dimana beliau mencanang idea tentang penggunaan
vaksin yang lebih selamat dan berkesan.
6.
Wakefield walaupun sacara umumnya saya katakan
sebagai pengkhianat, ia hanya merujuk kepada kesan collateral damage yang
diakibatkan dari penerbitan artikel tersebut.
7.
Sayangnya, kesan collateral damage yang dilakukan oleh Wakefield sudah hampir
mustahil untuk diubah. Disebalik kepentingan peribadi yang disembunyikan di
bawah idea untuk mencari vaksin yang selamat, beliau telah membawa kepada
revolusi gerakan anti vaksin sedunia.
Beberapa
penyelidik membuktikan terdapat bahan lain selain Timerosal yang dapat
dikaitkan dengan pembentukan autisme. Menurut kajian yang dilaporkan dalam
Journal of Inorganic Biochemistry (2011) oleh penyelidik dari Neural Dynamics
Group, University of British Columbia mendapati aluminium adalah faktor
penyumbang penting kepada peningkatan Autisme Spectrum Disorders (ASD) di
negara Barat. Penyelidik kajian bertajuk Do aluminum vaccine adjuvants
contribute to the tising prevalence of autism? tersebut mendapati kajian antara
kecenderungan untuk menghidap ASD dan pendedahan kepada aluminium (daripada
bahan adjuvant) berlaku pada kadar paling tinggi ketika bayi berumur antara 3 –
4 bulan [6].
Jawapan:
Kenyataan
ini membuatkan saya menjadi ragu ragu dengan status Ayu sebagai seorang doktor.
Dan ia adalah satu perbuatan yang sia-sia untuk berbahas dengan Ayu. Tapi
apakan daya, cinta yang berputik sudah semakin mekar di hati. Kerinduan pada
sang kekasih semakin bertambah, membesar dan menggelegak.
Ternyata
Ayu membuat satu terjemahan yang cukup kelakar sekali dengan menggabungkan dua
artikel dan menghasilkan ayat yang cukup pelik sekali.
Kedua-dua
artikel ini ditulis oleh orang yang sama iaitu Tomljenovic L dan Shaw CA. Kedua artikel tersebut adalah
Tomljenovic L, Shaw CA. Do aluminum vaccine adjuvants contribute to the rising prevalence of autism? Journal of Inorganic Biochemistry, 2011; 105: 1489–1499.
Tomljenovic L, Shaw CA. Aluminum vaccine adjuvants: are they safe? Current Medicinal Chemistry, 2011; 18(17):2630–2637.
Kedua
dua kajian ini adalah bertaraf kajian sampah dan bangang yang menggunakan
kaedah salah dalam proses mendapatkan data dan keputusan. Ia juga penuh dengan
andaian palsu dan kesalahan dalam menghasilkan data kajian. Hujah ini secara
automatiknya tertolak kerana sumber bukti adalah menyeleweng dan bersifat
manipulasi di atas kehangatan isu semasa.
Sebuah kajian lain dijalankan
oleh Delong G berjudul A positive association found between autism prevalence
and childhood vaccination uptake across the U.S. population seperti dilaporkan
dalam Journal of Toxicological Environmental Health (2011). [7]
Kajian berjudul Abnormal
measles-mumps-rubella antibodies and CNS autoimmunity in children with autism
yang dijalankan oleh Singh Vk et al seperti dilaporkan dalam Journal of
Biomedical Science (2002) pula mendapati serangan autoimun terhadap Sistem
Saraf Pusat (otak dan saraf tunjang) merupakan penyebab kepada autisme.
Pengkaji membuat kesimpulan bahawa kanak-kanak autistik (mengalami autisme)
memiliki tindakan antibodi tidak normal terhadap MMR. Mereka juga mendapati
bahawa autisme boleh berpunca daripada jangkitan virus campak (measles) yang
mencetus simptom pada saraf sesetengah kanak-kanak. Sumber virus ialah salah
satu jenis virus campak (yang terdapat dalam vaksin) atau boleh jadi juga
berpunca daripada vaksin MMR. [8]
Jawapan:
Akhirnya,
naluri saya berkata benar. Selama ini, saya tidak pernah percayakan apa-apa
melebihi diri saya sendiri kecuali Tuhan. Ternyata hujah yang Ayu kemukakan di
atas bukan ditulis oleh Ayu sendiri sebaliknya adalah perbuatan copy-paste
Hujah
tersebut ternyata hanya cedokan dari artikel berjudul Kajian vaksin dan autisme
disembunyikan?[iv]
yang diambil dari artikel sampah yang ditulis oleh seorang penyelidik herba. Penyelidik
herba yang tidak bertanggungjawab ini telah menimbulkan kekeliruan terhadap
masyarakat dengan menggunakan nama Doktor di hadapan pangkal nama untuk
menampakkan tulisan ini kelihatan seperti akademik. Sinar Harian telah
memalukan seluruh negara Malaysia apabila menyiarkan artikel tulisan ini dan ia
menggambarkan betapa media massa sungguh tidak bertanggungjawab dengan disiplin
ilmu dan menambahkan lagi budaya fitnah di akhir zaman ini.
Kementerian
Penerangan Malaysia wajar mengambil perhatian tentang kebejatan media kita pada
hari ini. Saya begitu kecewa sekali dengan perbuatan tidak bertanggungjawab
media terutamanya akhbar Sinar Harian yang banyak menyebarkan berita tidak
benar berhubung isu perubatan moden terutamanya isu vaksin. Tambah
mendukacitakan saya adalah apabila mereka menerbitkan berita berita dari ahli
pseudoscience yang banyak menipu masyarakat dengan menggunakan gelaran doktor
palsu dan menyebarkan pembohongan secara berterusan dan berpanjangan. Berita
sebegini lah yang akan menambah sakit dalam otak masyarakat kita. Lantas ia
membawa kepada mayarakat yang buta untuk melihat kebenaran dan tuli dalam
menerima kritikan yang berlandaskan bukti shahih.
Penulis
Ismail Hashim Yahaya yang menulis buku Media = Setan terbitan DuBook Press Sdn
Bhd pasti bersetuju dengan pendapat saya ini. Beliau menyifatkan media pada
hari ini sebagai manipulasi dan pelacuran berita merebak bebas sehingga manusia
semulia mana sekalipun tidak dapat lagi membezakan antara yang hak dan yang
batil.
Perkembangan
sebegini amat menakutkan dan wajar dibendung dalam kadar yang segera.
Antara
wartawan yang telah mengambil peranan dalam mendedahkan penipuan oleh Wakefield
berhubung penerbitan artikel nya dalam The Lancet adalah Brian Deer. Beliau
telah menjalankan penyiasatan rapi tentag penipuan Wakefield yang membolehkan
doktor tersebut di dakwa di Mahkamah atas penipuan berhubung kaitan antara
vaksin MMR dan autism. Hasil penyiasatan Brian Deer turut dimasukkan ke dalam
jurnal perubatan berimpak tinggi iaitu British Medical Journal.[v]
Walaupun
Kajian Brian Deer mungkin mempunyai kelemahan tertentu dari segi kaedah
penyiasatan beliau, tetapi ia membawa kepada kebenaran paling utama bahawa
vaksin adalah satu keperluan. Dunia hari ini sedang menuju ke arah penghasilan
vaksin yang betul betul terbukti keselamatannya.
Aku sampai beranggapan surat
pertama ini ditujukan kepada Wakefield. Aku cemburu. Namun aku harus
mengulasnya mengikut kronologi yang benar. Ada empat (4) hal yang harus
diperhatikan dengan cermat. Pertama, kajian tersebut berjaya bertahan selama 12
tahun di jurnal Lancet bermula tahun 1998. Kedua, terlepas dari pelbagai
kontroversi, apa yang diutarakan mendapati kanak-kanak yang menghidap autisme
mengalami sejenis penyakit usus setelah mereka menerima inokulasi vaksin MMR.
Ketiga, Wakefield mendapati kerosakan teruk bukan sahaja berlaku kepada usus
malah kepada mitokondria (kilang membina tenaga). Kerosakan mitokondria telah
disahkan dalam sebuah kajian lain. Keempat, Wakefield berpendapat, vaksin MMR
berbahaya dan setiap jenis vaksin sepatutnya diinokulasi secara berasingan.
Malangnya atas sebab tertentu yang dipercayai bermotifkan menjaga kepentingan
perniagaan vaksin, laporan kajian tersebut telah dikeluarkan dari Lancet pada
tahun 2010. [9]
Jawapan:
1.
Rujuk penerangan sebelum ini tentang isu
Wakefield.
2.
Apa yang Wakefield nyatakan adalah teori. Teori
adalah untuk dibuktikan kebenarannya. Hipotesis dirangka dan kajian dilakukan.
3.
Sebenarnya, ada kebaikan dan keburukan yang timbul
kesan daripada skandal Wakefield ini. Keburukannya hanya satu iaitu revolusi
gerakan anti vaksin.
4.
Kebaikannya pula dapat dilihat dari pelbagai sudut
berbeza. Yang pasti, ia membuatkan komuniti ahli perubatan menjalankan kajian
dan melakukan penambah baikan untuk memastikan vaksin yang dihasilkan akan
lebih selamat dari masa ke semasa.
Jarum jam menunjukkan pukul 0300.
Aku harus siapkan hutang surat-surat mu sesuai harapan mu pada ku. Aku akan
rasa lebih bersedia memasuki 10 malam terakhir Ramadhan dengan jiwa yang lebih
mantap dan dada yang lapang. Melalui warkah balasan ini, aku ingin sampaikan
pada mu bahawa sikap tidak mengetengahkan kajian yang tidak menyokong kempen
vaksinasi mungkin bertujuan membantu golongan Pro Vaksinasi mencapai matlamat
utamanya. Di tengah kesibukan, aku kirim doa semoga sahabat ku Dr Jacknaim
baik-baik dalam lindungan Allah Swt. Anggap saja surat balasan ini sebagai
hadiah Ramadhan. Hadiah dari seorang yang dianggap misterius, kotor berlumuran
dosa. Semoga hadiah ini diterima kerana ini dihasilkan dari lelahnya saraf
retina mata.
Jawapan:
Ayu
ternyata telah mensia-siakan cinta saya kerana menghadiahkan saya balasan surat
cinta yang dihasilkan dari lelahnya saraf retina mata oleh seorang yang
dianggap misterius, kotor berlumuran dosa.
Walaubagaimanapun,
aku juga akan terus tetap mendoakan kebahagiaanmu dan berharap kau juga terus
diberi kesihatan yang baik dalam menjalani hari hari terakhir di bulan Ramadhan
yang mulia ini.
Semoga
jiwamu lebih mantap dada dadamu menjadi lapang bukan hanya untuk memudahkanmu
beribadat mengejar cinta Allah yang lebih agung dari cintaku, tetapi juga untuk
mencari kebenaran yang hakiki dalam perdebatan kita ini.
Membaca mukaddimah surat kedua mu
berjudul “Diphteria Paling Seksi” [10] membuatku berkerut dahi. Aku sebenarnya
sangat letih menjawab isu terpencil. Tapi aku teringat, pencuri untuk berbuat
jahat sahaja berani nekad, tak mungkin berbuat baik tidak berani nekad. Aku
gagahkan diri beri penjelasan. Ayu tidak berniat ingin memalukan mu wahai
sahabat. Tapi apakah kau berfikir perasaan Imam Muda Ammar sebelum kau
mengkritiknya dengan kata-kata pedas? [11] Bagaimana perasaan keluarganya
apabila beliau ‘dibebalkan’ dengan kata-kata tohmah? Dimanakah rasa kasih mu
waktu itu? Apakah kerana gelar doktor dibalik nama mu menjadikan dirimu sesuci
debu? Apa yang aku lakukan hanyalah seni counter attack dalam menyampaikan
peringatan. Maafkan ayu.
Setidaknya ada tiga (3) poin yang
menjadi ajang kritikan kau dalam warkah kali ini. Bersambung…..
Bertaubatlah
Ayu sebelum kita break. Belum pun sampai satu minggu kita bermadu kasih. Sayang
yang belum pun berputik terasa sayang untuk dihempas ke lantai kerana ia akan
remuk menjadi debu debu halus yang akhirnya menghilang di udara. Adakah kau
mahu kekal dalam lipatan sejarahku sebagai seorang kekasih paling singkat
pernah aku bermadu cinta. Tidak sampai seminggu, sudah di ambang perpisahan.
Andai kau bertaubat, sempat lagi aku menerima sayangmu.
Adapun
hal berkenaan dengan Imam Muda Ammar, ia hanyalah sekadar teguran dan
peringatan mesra dan tidak menggambarkan diriku ini suci. Aku sedar diriku hanyalah
bagai butir butir debu yang berterbangan di udara. Aku Cuma berharap agar
debu-debu itu adalah dari benih-benih yang bakal menumbuhkan pokok yang
mengeluarkan kuntuman bunga indah. Semoga darinya, aku dapat petik dan
hadiahkan pada gadis cantik sepertimu. Semoga ia bisa menceriakan hari-harimu
yang ditemani rasa kesedihan di atas teguranku terhadap Imam Muda Ammar.
Yang berharap kita terus bersama,
Dr. Jacknaim
[i]
Ayu Raudhah, BALASAN SURAT-SURAT CINTA DR JACKNAIM KEPADA KU [Siri 1]
https://www.facebook.com/profile.php?id=100012330575497&fref=ts
[ii]
Perisai Nabi
[iii]
Brian Deer: Revealed: Wakefield's secret first MMR patent claims "safer
measles vaccine"
http://briandeer.com/wakefield/vaccine-patent.htm
[iv]
DR. BAHRAIN SAMAH, MD (AM ), RH (AHG ), "berjudul Kajian vaksin dan
autisme disembunyikan? ", 23 APRIL 2014. http://www.sinarharian.com.my/rencana/kajian-vaksin-dan-autisme-disembunyikan-1.273463
[v]
Brian Deer, Secret of the MMR Scare
http://briandeer.com/solved/bmj-secrets-series.htm